Saturday, October 12, 2019

Tafsir Mimpi Awal Oktober 2019

Pertanyaan : Kelmarin dulu ana ada bermimpi… kepala ana dipenuhi uban… putihhhh….

Jawapan : Alhamdulillah. Syukur. Maksudnya - keagamaan dan ibadahnya bertambah.


Pertanyaan : Salam ustaz. Kalau janggut memutih uban semua apa maksudnya ye?

Jawapan : Wlksm Ustaz Xxxxxx Xxxx. Mimpi janggut memutih uban semua membawa maksud semakin bagus dari segi ketrampilan, potensi atau kewibawaan.


Pertanyaan : Jika mimpi sedang panjat bukit di tepi laut, panjat ala rock climbing, bukan macam orang hiking. Sebaik sahaja sampai di atas, air laut naik hingga ke betis. Sekeliling semua air dan tiada daratan langsung. Air laut tu tak berombak. Apa maknanya ustaz?

Jawapan : Sekadar pandangan saya, mimpi itu bermaksud jika seseorang itu berusaha keras dalam sesuatu bidang, dia akan berjaya. Bidang yang diceburinya itu nanti akan punya kaitan (terpengaruh juga, mahu tak mahu akan terkait juga) dengan pihak berkuasa/pemerintah/politik/ orang-orang atasanlah. Orang itu juga akan punya ekonomi yang stabil (kaya) hasil usaha kerasnya itu. Wallahualam.


Pertanyaan : Seseorang yang mimpi nak beli tongkat, ada banyak pilihan tongkat kayu seperti para ulama dan masyaikh guna. Tapi orang tu nak tongkat yang biasa seperti kedai DIY tu jual, sebab alasan dia tak nak orang anggap dia seperti syeikh. Dia nak beli tongkat yang murah semata-mata nak amal sunnah.

Jawapan : Terlebih dahulu maaf ustaz. Saya tak dapat secara tepat tafsir mimpi itu. Tetapi umumnya mimpi tongkat itu berkait dengan :
1. pekerjaan/aktiviti/lapangan/bidang
2. pembantu .
3. hikmah/kebijaksanaan,

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Oktober 2019

No comments: