KEUTAMAAN YANG
HALAL DAN KECELAAN YANG HARAM
Allah SWT berfirman
: “Makanlah daripada yang baik-baik dan kerjakanlah amal-amal soleh.”
(Al-Mu’minun : 51)
Dalam ayat ini
Allah memerintahkan kita agar memakan yang baik-baik sahaja. Yang baik-baik itu
sudah tentulah yang halal.
Allah berfirman : “Dan
janganlah kamu makan harta sesama kamu melalui jalan yang batil.”
(Al-Baqarah : 188)
Maksudnya janganlah
kita mendapatkan sesuatu dengan menggunakan cara yang haram, yakni melalui cara
yang tidak dibenarkan oleh agama.
Nabi Muhammad saw
bersabda : “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah
yang lebih utama untuk daging itu.” (Turmizi, hadith hasan)
Sandaran daripada
atsar pula, suatu hari Saiyidina Abu Bakar ra meminum susu yang dibawa oleh
hambanya. Dia pun bertanya tentang asal susu itu. Jawab si hamba : “Aku
bernujum untuk suatu kaum lalu mereka memberikan susu itu kepada aku.”
Saydina Abu Bakar
pun memasukkan anak jarinya ke dalam mulut lalu memuntahkan kembali susu itu.
kerana susu itu diperolehi atas kerja yang tidak dbenarkan oleh agama iaitu
bernujum. Begitulah wara’ dan sangat berjaga-jaganya Saiyidina Abu Bakar dalam
solal halal haram.
Saiyidina Umar juga
pernah tersilap meminum susu zakat, lalu dia memasukkan jarinya ke tekak dan
memuntahkannya kembali.
Ibnu Abbas berkata
: “Tidak diterima oleh Allah akan solat seseorang yang di dalam rongga tubuhnya
terdapat benda yang haram.”
Sahl berkata :
“Sesiapa yang memakan yang haram, nescaya derhakalah segala anggota badannya.”
Kata Sahl juga :
“Sesiapa yang makanannya itu halal, nescaya ditaati oleh segala angota
tubuhnya.”
- Diringkaskan daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin
No comments:
Post a Comment