Keadaan tubuh
badan
Eloklah membaca
Al-Quran dalam keadaan berwudhu’, dalam keadaan tenang sama ada berdiri atau
duduk, menghadap qiblat, menundukkan kepala, tidak duduk dengan sombong, duduk
sebagaimana kita duduk berhadapan dengan guru. Yang paling utama, Al-Quran
dibaca di dalam solat, dalam keadaan berdiri dan di dalam masjid pula.
Jumlah bacaan.
Bagi ahli-ahli bacaan
Al-Quran, terdapat pelbagai kebiasaan. Ada yang mengkhatamkan Al-Quran sekali
dalam sehari, ada yang dua kali dan ada yang tiga kali. Ada yang khatamkan sebulan
sekali.
Sabda Rasulullah saw :
“Sesiapa yang membaca Al-Quran kurang daripada tiga kali, nescaya ia tidak
memahami akan Al-Quran itu.” (Abu Dawud dan lain-lain)
Nabi saw menyuruh
Abdullah bin ‘Amr ra supaya mengkhatamkan Al-Quran pada setiap tujuh hari
(bersesuaian dengan keadaan Abdullah ketika itu).” (sebagaimana hadith riwayat
Bukhari dan Muslim)
Sebahagian sahabat
mengkhatamkan Al-Quran pada setiap hari Jumaat seperti Saiyidina Uthman, Zaid
bin Tsabit, Ibnu Mas’ud dan Ubai bin Ka’ab.
Ada empat tingkatan
khatam (untuk orang-orang biasa) :
Khatam pada setiap
hari. Sebahagian ulama menghukumkan makruh kerana terlalu banyak dan cepat.
Khatam seminggu
sekali.
Khatam dua minggu
sekali.
Khatam sebulan sekali.
Yang ini dikira sudah sangat sedikit.
Bagi orang yang kuat
beramal ibadah (orang ‘abid), sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.
Bagi orang yang
menempuh amalan hati dan pelbagai macam pemikiran atau daripada orang-orang
yang menghabiskan waktunya dengan mengembangkan ilmu pengetahuan (pengajar
agama), maka tidak mengapa jika diringankan menjadi seminggu sekali.
Bagi orang yang tembus
pemikirannya tentang segala maksud Al-Quran, maka kadang-kadang mencukupilah
baginya sebulan sekali kerana banyak keperluannya untuk membanyakkan
mengulang-ulang dan meneliti.
Pembahagian
Bagi yang
mengkhatamkan seminggu sekali, Al-Quran dibahagikan kepada 7 bahagian. Sehari
satu bahagian.
Ada yang membahagikan
bahawa pembahagian yang tujuh itu ialah bermula dengan 3 surah, kemudian 5, surah,
7 surah, 9 surah, 11 surah, 13 surah dan yang terakhir dari Surah Qaf hingga
akhir Al-Quran.
Adab
penulisan.
Disunatkan
mencantikkan tulisan (dan cetakan) ayat-ayat Al-Quran. Boleh ditandakan dan
diwarnakan untuk memudahkan orang membacanya.
Kejelasan dan
kelajuan bacaan.
Baca dengan tartil –
jelas bunyi setiap hurufnya. Jangan baca terlalu cepat sehingga terganggu bunyi
butiran huruf-hurufnya.
Perasaan.
Disunatkan menangis
ketika membacanya.
Sabda Rasulullah saw :
“Bacalah Al-Quran dan menangislah. Jika engkau tidak menangis, maka buatlah
menangis.” (Ibnu Majah, dengan sanad yang baik)
Sabda baginda saw : “Tidaklah
daripada golongan kami orang yang tidak berlagu dengan Al-Quran.” (Bukhari,
Muslim)
Cara untuk menangis
adalah dengan memerhatikan maksud isi cerita Al-Quran itu (yang tidak mahir
bahasa Arab eloklah melihat terjemahan)
Memelihara
hak-hak ayat.
Apabila tiba pada ayat
Sajadah, digalakkan bersujud. Terdapat 14 ayat Sajadah dalam Al-Quran.
Dsyaratkan pada sujud ini akan segala syarat solat iaitu menutup aurat,
menghadap qiblat, suci pakaian dan badan daripada hadas dan najis.
Kesempurnaan sujud itu
adalah dengan bertakbiratul ihram, bertakbir untuk turun, lalu sujud, takbir
bangun dari sujud, dan beri salam.
Bacaan sebelum
dan selepas.
Mulakan bacaan dengan berlindung
dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dan akhiri dengan “Sadaqallahul
‘azim”.
Kekuatan
suara.
Menguatkan bacaan
sekurang-kurangnya sampai terdengar ke telinga sendiri.
Melagukan
bacaan, tanpa berlebih-lebihan.
Dipetik dan dirumuskan daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin
No comments:
Post a Comment