Kita sedia maklum, banyak manusia yang mendengar cerita sebelah pihak lalu terus berpegang, terus membuat keputusan dan terus meletakkan hukuman, tanpa mahu berusaha pun untuk mendengar cerita sebelah pihak lagi.
Maka,kita bersedia sahajalah kerana keadaan sebegini sebenarnya akan terus datang dan datang sepanjang hidup kita.
Memang ada cerita-cerita yang dapat kita luruskan semula, dan ada cerita-cerita yang kita tak berpeluang untuk meluruskannya semula. Ini resmi kehidupan.
Semua itu pada hakikatnya adalah kerja Allah. Kita lalui, dalam keadaan kita bertawakkal kepada-Nya.
Oktober 2019
No comments:
Post a Comment