Monday, October 14, 2019

Biawak Dhabb


Kata Imam Al-Ghazali, “Tidak boleh bagi seseorang yang bermazhab fiqh Hanafiyyah memandang sebagai mungkar terhadap orang yang bermazhab fiqh Asy-Syafi’iyyah yang memakan dhabb.” (Walaupun mazhab Hanafi tidak membolehkan makan dhabb).

Apa itu dhabb? Dhabb ialah biawak padang pasir. Ia dalam keluarga cicak. Harimau dalam keluarga kucing. Manusia dalam keluarga beruk…..betul ke? Tak betullah!

Dhabb lebih kepada vegetarian. Ia makan tumbuh-tumbuhan. Ia ada juga makan belalang, dan sebagaimana yang kita sedia maklum, belalang memang boleh kita makan. Ringkasnya dhabb memakan benda-benda yang bersih, tak lah macam biawak di tempat kita ni yang macam-macam dimakannya.

Dhabb tahan lama tanpa minum air. Ia boleh minum air embun atau air-air yang ada pada tumbuh-tumbuhan. Konon cerita, ia berusia panjang. Ada yang dikatakan sampai 700 tahun umurnya dalam kitab-kitab. Wallahua’lam bahagian ini.

-          Syarahan Kitab Amar Ma’ruf Nahi Munkar (Ihya’ ‘Ulumuddin), 13 Oktober 2019, Surau Sg Nyior

No comments: