Jalan
keruhanian ini jalan perang. Kita bermujahadah dan berperang dengan kehendak
hawa nafsu dan syaitan (minal jinnati wannas).
Dalam
perang, sesiapa yang hanya mengenal kawan dan hanya mengenal yang baik-baik,
tetapi tidak mengenal dengan arif akan musuh-musuh dan hal-hal yang tidak baik
lagi berbahaya itu, maka dia akan terkena dengan mudah-mudah. Mudah tercedera,
mudah tercacat dan mudah termaut. Hal ini kerana dia menyangkakan semua yang
diketahui dan yang dilihatnya dalam medan perang/mujahadah itu adalah kawan,
baik-baik dan benar-benar belaka.
Dah
namanya pun jalan mujahadah (jihad), maka kena kenallah dengan arif yang mana
jalan/ajaran yang benar dan mana yang salah, mana kawan dan mana musuh, mana
yang selamat dan mana yang tidak.
Jika
tidak, bagaimana mahu mengelak/menghindar?
Bagaimana
mahu tahu diri sudah terkena atau tidak?
Bagaimana
mahu merawat diri sekiranya sudah terkena?
Maka
nanti, sudah terkena pun berasa belum terkena.
Sudah
terkena virus atau penyakit pun dirasa dir masih sihat.
Terlorong
ke arah mudarat pun disangkakan sedang dilorongkan ke jalan selamat.
Medan
mujahadah (perang) keruhanian ini terkandung di dalamnya apa yang sebut sebaga
ma'rifah, haqiqat, tasawuf, sufi, tarekat, mengenal diri, mengenal Allah,
haqiqat insan, dan sebagainya itulah.
Jka pada
zaman Imam Al-Ghazali lebih 1000 tahun dahulu lagi sudah sekian banyak
jalan/ajaran yang bermasalah, boleh agak-agak sendirilah pada zaman kita
sekarang ini.
Imam
Al-Ghazali hurai panjang lebar tentang golongan-golongan jalan/ajaran
keruhanian yang berasa jalan/ajarannya selama hari ini ok, tetapi sebenarnya TERTIPU/TERPEDAYA
ini dalam kitabnya Ihya' 'Ulumuddin.
Insylh
akan kita daurahkan bahagian ini pula pada hujung tahun ini. Doa-doakan.
Abu
Zulfiqar Al-Amsyari
5 Oktober
2019
Tersalah
dalam hal-hal lain, boleh tahan lagi. Tetapi jika tersalah dalam
ma'rifah... bahaya dan kerugiannya adalah sangat besar
No comments:
Post a Comment