1. Merdekakanlah jiwa kami daripada penjajah yang bernama hasad dengki, takut terlepas dunia, pengecut, utamakan keredhaan makhluk, taksub, buruk kata2 dll.
2. Minimakan masalah2 kecil dan remeh di sekeliling, kerana kita mahu tumpu kepada masalah2 besar yang sedang serata dunia ia berkeliling.
3. Dari satu sudut, kekuatan kita untuk menghindari hal2 yang salah d sisi agama itu menunjukkan sejauh mana solat kita diterima- Nya, kerana solat mencegah daripada yang mungkar.
4. Hayat ini amat sekejap. Kita istiqamah berjalan di jalan kebenaran dan perjuangan walaupun susah dan disusahkan.
5. Merdekakan diri daripada pesona dan tarikan syaitan n keduniaan. Selalunya ia datang dalam rupa suka2an, hiburan, keseronokan, sanjung2an.
6. Yang Allah, dan Rasul, malaikat, orang2 soleh puji dan redha, kita buatlah. Yang tak diredha, kita jangan buat walau seluruh dunia puji dan redha.
7. Jika kita terus melayan lambakan hal2 penting2 dan kurang penting, maka tertutuplah hal2 yang lebih penting. Kena pandai menyaring.
8. Apa yg kebanyakan manusia lihat, itu bukanlah yang sebenarnya. Itu semua adalah apa yang mereka mahu manusia lihat.
9. Qalbu yang sihat amat banyak berperanan menjadikan badan yang sihat. Pelajari dan dalamilah tasawuf – ilmu tentang qalbu.
10. Jika hati ikhlas dan kuat yakin pada jalan sufi, insya-Allah Dia maklumatkan kita dengan maklumat2 luar biasa yang kita tak jangka2.
Himpunan Tazkirah Pendek Abu Zulfiqar Ogos 2025
No comments:
Post a Comment