ANTARA matlamat yang PERTENGAHAN bagi kaum sufi dalam SEHARI2 :
1. Melebihkan Allah daripada selain-Nya, walaupun sekadar lebih 1 saat. Tidak cantiklah jika kita ada melebihkan sesuatu daripada Dia walaupun sekadar 1 saat. Contohnya, kita hendaklah ingat akan Allah lebih daripada ingat akan selain-Nya walaupun sekadar 1 saat, dalam sehari2.
Jika belum mampu sampai ke tahap sedemikian, maka diturunkan sedikit kepada sekadar melebihkan hal ehwal agama daripada yang lain2, walaupun sekadar 1 saat. Hal ini kerana hal ehwal agama biasanya ada mengingatkan kita kepada Dia. Namun kita sedia maklum, dalam melakukan sesuatu aktiviti keagamaan atau yang berkait dengan agama, bukan sepanjang aktiviti itu kita dapat ingat akan Dia. Ada waktu2 yang kita ingat akan Dia dan ada waktu2 yang kita tidak ingat akan Dia. Tetapi sekurang2nya hal ehwal keagamaan ini membuatkan kita lebih “dekat” dengan Dia. 050825
No comments:
Post a Comment