Harta itu seperti ular. Padanya ada racun dan ubat. Sesiapa yang tahu akan manfaat dan mudaratnya, dapatlah dia mengambil manfaat dan menjauhkan mudarat itu daripadanya. Sesiapa yang tidak tahu, besar kemungkinan dia akan terkena.
Manfaat harta:
a Manfaat untuk diri sendiri. Memudahkan kita beribadah. Membolehkan kita pergi haji dan pergi berjihad. Membolehkan kita mempunyai makanan, pakaian, tempat tinggal, perkahwinan dan keperluan hidup yang lain untuk memudahkan kita beribadah.
b Manfaat untuk orang lain. Sedekah, hadiah, kenduri, pertolongan dan seumpamanya.
c Manfaat untuk umat. Pembangunan masjid, jambatan, rumah sakit dan sebagainya.
Bahaya harta dari segi agama :
a Boleh membawa kepada maksiat. Harta membuatkan seseorang itu lebih mampu mencapai hal-hal maksiat.
b Boleh membuatkan terbiasa bersenang-senang. Apabila kadang-kadang harta itu tidak diperolehi, maka harta itu mungkin dicari melalui jalan-jalan yang tidak sepatutnya. Hal ini kerana manusia akan berusaha juga untuk mendapatkan sesuatu kesenangan yang sudah terbiasa bagi dirinya.
c Boleh membuatkan seseorang itu sibuk dengan harta itu sehingga menjadi jauh pula daripada Allah dan agama.
(Nota live streaming 28/8/25) channel Ilmu2 Imam Al-Ghazali (Telegram)
No comments:
Post a Comment