TEMPAT2 RIYA’
(Antara yang disentuh dalam live streaming pada 17/8/25)
Riya’ melalui fizikal – Contohnya memperlihatkan dirinya kurus dan pucat agar dipandang oleh orang sebagai seorang yang kuat beribadah. Jika bukan kerana riya’, tidak mengapa.
Riya’ melalui pakaian – Contohnya meniru ahli2 agama dengan memakai pakaian2 kemuliaan ataupun dengan memakai pakaian2 yang buruk. Jika bukan kerana riya’, tidak mengapa. Riya’ ini bukan terjadi dengan berpakaian macam orang2 agama sahaja, tetapi juga kepada orang2 yang berpakaian macam pengemis (dengan sangkaan kononnya wali2 Allah berpakaian seperti itu), dan kepada orang2 yang berpakaian biasa2.
Riya’ melalui kata-kata – Contohnya dengan memberi nasihat, bercakap dengan gaya berhikmah, memperdengarkan hafazan untuk menunjukkan banyak ilmu, menunjuk2 beramar ma’ruf dan nahi munkar, berdebat di hadapan orang, dan sebagainya. Jika bukan kerana riya’ , tidak mengapa.
Riya’ melalui amalan – Contohnya melamakan sujud di depan orang lain, bercakap dengan penuh sopan santun seperti ahli agama, dan asyik menundukkan kepala. Jika bukan kerana riya’, tidak mengapa.
Riya’ melalui pergaulan – Contohnya menunjukkan yang dia punya hubungan baik dengan orang2 alim dan para pemimpin, selalu mengunjungi dan dikunjungi orang-2 hebat, menceritakan senarai nama guru2nya dan sebagainya, termasuklah tempat2 pengajiannya. Jika bukan kerana riya’, tidak mengapa. Ada pula yang meninggalkan pergaulan lalu beruzlah ke hutan dan gunung. Tujuannya agar dia disebut-sebut orang sebagai orang soleh. Ini pun riya’ juga. Tetapi jika dilakukan bukan kerana riya’, tidak mengapa.
…live steraming di channel TG : ILMU2 IMAM AL-GHAZALI . Siri ke-12.
No comments:
Post a Comment