Haji Yahya merupakan seorang tokoh pejuang menentang Belanda dan “orang2nya” di Ambal. Haji Yahya menguzlahkan diri ke Tanah Melayu kerana mahu menyelamatkan diri daripada Belanda dan “orang2nya” serta kerana tidak mahu orang2 di Ambal menerima nasib yang lebih buruk sekiranya dia masih berada di sana.
Macam biasalah, kita kalah bukan kerana kuatnya Belanda tapi kerana kuatnya orang2 tempatan yang berpihak kepada mereka. Dan selalu juga tentera yang menyerang para pejuang ini berisi lebih ramai orang tempatan berbanding orang berbangsa barat sendiri.
Maka akhirnya para pejuang dipandang sebagai perosak, pemecah-belah masyarakat, pemberontak, penderhaka, sebagai pihak yang bersalah, didiskriminasi, dibuli, diperlecehkan, dipulaukan, dipermalukan, ditangkap, diseksa, dipenjarakan, dihukum buang negeri, dihukum mati, dsb. Sebaliknya orang2 dan pihak2 yang bersama2 dengan penjajah, diangkat2 dan dihebahkan sebagai pihak yang benar, dipuja sebagai tokoh2.
Itulah yang berlaku kepada pejuang2 Pahang, Pangeran Dipongero di Tanah Jawa, Tuanku Imam Bonjol di Sumatera, Penghulu Dol Said di Naning N9, dan di merata2 tempat lagi.
- Sejarah Gunung Pondok, Kiai Salleh & Tarekat Ghazaliyah, 23/8/25
No comments:
Post a Comment