Sunday, August 24, 2025

Nota LIve : Tercelanya Sifat Suka Kemegahan

 

Antara yang disentuh dalam live streaming  :

TERCELANYA SIFAT SUKA AKAN KEMEGAHAN

 

Megah – hebat, membanggakan diri, membesar2kan diri untuk mendapatkan kekaguman orang.

Riyak’ – menunjuk2 akan kesolehan dan kerajinan amal supaya dikagumi oleh orang lain. Bukannya ikhlas kerana Allah. Bukannya ikhlas kerana agama.

 

Nabi SAW bersabda : “Tidaklah dua ekor serigala buas yang dilepaskan ke dalam kandang kambing lebih cepat membuat bencana, jika dibandingkan dengan (bencana oleh) cinta akan kemuliaan (kemegahan) dan cinta akan harta, terhadap agama seorang muslim.” (Ahmad, Turmizi)

 

Maksudnya, suka kemegahan dan cinta harta itu memang sangat berbahaya. Malah lebih berbahaya lagi daripada serigala2 tadi.

 

Kemegahan itu untuk “memiliki hati manusia” (menawan, mempengaruhi). Apa untungnya memiliki hati-hati manusia ni?

 

Contoh, dengan memiliki emas dan perak (dan wang), mudahlah untuk kita mencapai hal-hal lain. Begitu jugalah dengan kemegahan. Emas perak bukan boleh dibuat makan, minum, pakaian, rumah, kenderaan dan lain-lain. Tetapi semua itu boleh dicapai dengan emas, perak dan duit.

 

Samalah - apabila kita memiliki hati-hati manusia, mudahlah untuk kita mencapai hal-hal lain. Sebab itulah kemegahan itu dicari-cari oleh orang ramai.

 

Umumnya wang, dinar dan dirham itu sendiri tidaklah berguna untuk diri manusia, tetapi yang mahu dicari adalah hal-hal yang boleh dicapai melalui wang, dinar dan dirham itu. Semua itu menjadi jalan untuk manusia mencapai kehendak-kehendak lain.

 

Allah Taala berfirman : “Negeri akhirat itu Kami berikan kepada mereka yang tidak menginginkan ketinggian (kemegahan) dan kerosakan di bumi.” (Al-Qasas : 83)

 

Dalam ayat ini, Allah gandingkan ketinggian (kemegahan) dengan kerosakan. Faham-fahamlah kita akan bahaya kemegahan itu.

 

…live steraming di channel TG : ILMU2 IMAM AL-GHAZALI . Siri ke-12.

No comments: