Ada permintaan agar didaurahkan kitab ABC secara “berkampung”.
Penjelasan kita : Jika hendak didaurahkan (bukan syarahan tetapi sekadar ringkasan) keseluruhan kitab ABC ini, kita kena berkampung selama 3 hari 2 malam. Buat masa ini, hal itu amat sukar untuk dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita buat live streaming.
Kitab Anugerah Berwangian Cinta Untuk Tetamu Taman Cahaya (biasa disebut sebagai kitab ABC sahaja) ini berisi petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin (Imam al-Ghazali) yang saya susun pada tahun 2020 lalu. Kitab induk Ihya’ ini terdiri daripada 40 kitab kecil di dalamnya. Maka kitab ABC pun terdiri daripada 40 bab jugalah.
Jika hendak didaurahkan 40 bab ini, kita kena berkampung selama lebih kurang 3 hari 2 malam. Lalu kita gantikan dengan live streaming percuma di channel Tele iaitu channel Ilmu2 Imam Al-Ghazali t.me/imamalghazali. Untuk satu malam, kita bacakan (dengan sedikit huraian) satu bab. Insya-Allah dalam 40 malam khatamlah. Namun kita tidaklah dapat mengadakannya pada setiap malam.
Sekiranya anda dapat mengikuti lebih kurang 90% daripada keseluruhan 40 kali pengajian, umumnya anda sudah pun mengkhatamkan kitab ABC ini dengan saya. Sama macam daurah 3 hari 2 malam juga. Sekiranya peserta dapat hadir dalam sesi2 pengajian di sepanjang daurah itu dengan kadar 90% (lebih kurang), pendek kata peserta dikira berjaya mengkhatamkan keseluruhan kitab di bawah guru yang menyampaikannya.
Setakat ini kita sudah berjaya mengadakan live streaming sebanyak 8 kali (8 malam).
Timbul persoalan – Bagaimana dengan orang2 yang baru bermula dan sudah terlepas beberapa perkongsian sebelum ini?
Antara ikhtiar yang boleh kita usahakan nanti, kita akan cuba ulang kongsi bab2 yang tertinggal itu bagi orang2 yang terlepas. Insya-Allah masih boleh dapatkan 90% pengajian.
Kitab ini sudah tidak ada cetakan baharu. Softcopy kitab ini pun entah ke mana. Namun anda boleh sahaja terus mengikuti live streaming. Isi kandungannya pun mudah dan ringkas sahaja. Lagi pula, selepas live streaming kita akan kongsikan nota isi2 penting daripada penyampaian tersebut. Sekiranya ada orang2 berhampiran anda yang mempunyai kitab ini, fotostat sahajalah keseluruhan kitab.
Semoga beroleh manfaat.
090825
No comments:
Post a Comment