TERPEDAYANYA SEBAHAGIAN AHLI ILMU AGAMA (PARA ULAMA)
(antara yang disentuh dalam live streaming ke-11 pada 16/8/25)
Ada orang berilmu yang kukuh pemahamannya. Mereka mendalami ilmu2 itu malah ada yang bekerja dalam lapangan ilmu2 agama itu. Tetapi mereka tidak memelihara diri mereka daripada perkara2 yang mendatangkan dosa. Mereka menyangka bahawa keilmuan dan kedudukan mereka dalam agama itu akan memberikan mereka keistimewaan iaitu mereka akan terselamat dan tidak akan terkena azab Allah. Mereka terpedaya.
Ada ahli ilmu yang memahami dengan baik tentang ketaaatan tetapi tidak diamalkannya. Dia memahami dengan baik akan ilmu tentang kemaksiatan tetapi tidak dijauhkannya. Dia memahami dengan baik akan ilmu membersihkan diri daripada akhlak tercela (mazmumah) tetapi tidak dilakukan untuk dirinya. Dia memahami dengan baik akan ilmu tentang akhlak terpuji (mahmudah) tetapi dia sendiri tidak bersifat dengan akhlak terpuji itu.
Ada ilmuwan agama yang kukuh ilmu dan amal mereka, tetapi di hati mereka banyak sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, dengki, riya’, mencari kedudukan, mencari nama dan sebagainya. Mereka menghiasai zahir diri tetapi menyia-nyiakan batin diri.
Ada ilmuwan agama yang sibuk dalam hal ehwal fekah tetapi terabai ilmu tasawuf sufi.
Ada yang berpaling daripada sistem yang mesti dilalui dalam pembelajaran agama sebagaimana yang sepatutnya. Dan mereka pula kononnya ialah pemberi-pemberi pengajaran kepada orang-orang zaman ini seluruhnya. Mereka suka menyampaikan kata-kata yang ganjil dan pelik, yang membuatkan orang tertarik kepada ajaran mereka. Mereka cukup suka mempuisikan kata-kata. Zaman sekarang mereka banyak di serata internet.
Ada yang menghabiskan waktu terjun dan tenggelam ke dalam ilmu hadith, yakni tentang mendengar (mempelajari) hadith, mengumpulkan banyak riwayat2, mencari sanad2 yang ganjil dan tinggi2 (dalam2). Masa mereka penuh dengan mengembara ke serata pelusuk negeri dan menemui guru-guru. Kalau zaman sekarang, mengembara ke serata pelusuk bahan komputer dan internet. Malangnya mereka meninggalkan ilmu yang menjadi fardhu ‘ain iaitu ma’rifah pengubatan hati (tasawuf sufi).
Ada pula yang sibuk dengan ilmu nahu (ilmu tentang bahasa Arab), bahasa, syair dan yang ganjil-ganjil dalam bidang bahasa Arab itu. Mereka berasa diri mereka sebagai ulama umat. Hal ini adalah kerana agama ditegakkan dengan perantaraan Al-Kitab dan as-sunnah (hadith), sedangkan Al-Kitab dan as-sunnah itu ditegakkan dengan perantaraan ilmu bahasa Arab dan nahu. Lalu mereka pun menghabiskan usia mereka dalam hal yang halus-halus (dalam-dalam) tentang ilmu nahu, menyusun syair, dan dalam hal yang ganjil-ganjil bidang bahasa Arab, dan tertinggal atau terabai hal-hal yang lebih utama.
…live streaming di channel TG : Ilmu2 Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment