Sunday, August 24, 2025

Nota Live : Mengenal Bahaya2 Dunia

 

MENGENAL BAHAYA2 DUNIA

(antara yang disentuh dalam live streaming ke-10 pada 15/8/25)

 

Dunia itu dalam rupa wanita cantik yang menarik hati manusia dengan kecantikannya. Ia mempunyai rahsia2 buruk dan keji yang membinasakan orang2 yang ingin membuat hubungan dengannya. Kemudian ia melarikan diri daripada orang2 yang mencarinya. Apabila ia sudah menerima mangsanya dengan baik, nescaya si mangsa tidak akan aman daripada kejahatan, dan akan buruklah kesudahannya.

 

Dunia lari daripada para pencarinya tetapi ia mencari orang2 yang lari daripadanya.

Orang yang melayaninya dibuatnya kehilangan dan orang yang berpaling daripadanya dicarinya penyesuaian agar orang itu terpaut padanya.

 

Dunia itu penipu. Ia selalu berhias2 untuk para pencarinya sehingga mereka menjadi pecintanya. Selepas itu ia akan mengoyakkan mereka dengan gigi anjingnya lalu disembunyikannya mereka dalam kain kafan di bawah tanah. Inilah sifat dunia.

 

Diriwayatkan bahawa Rasululah SAW melintasi tempat yang ada kambing mati. Baginda bersabda : “Apakah kamu melihat bagaimana hinanya (tidak bergunanya) kambing ini buat pemiliknya?”

Mereka (para sahabat) menjawab : “Disebabkan kehinaannyala mereka campakkan kambing ini.”

Lalu Nabi saw bersabda : “Demi Yang jiwaku di dalam tangan-Nya! Sesungguhnya dunia itu lebih hina bagi Allah daripada kambing ini bagi pemiliknya. Sekiranya dunia itu seimbang (ada nilai) di sisi Allah dengan sayap nyamuk, nescaya Dia tidak memberikan kepada orang kafir walau seteguk air di dunia ini.” (Ibnu Majah, Al-Hakim)

 

Nabi SAW bersabda : “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.” (Muslim)

 

… live streaming channel TG : Ilmu2 Imam Al-Ghazali

 

No comments: