1.
“Ustaz tak mau dah ka mengajar kat masjid/ surau kami?”
Sekarang
saya tumpu mengajar dalam kumpulan2 kecil (sebagaimana yang
dianjurkan oleh Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin).
Menyampaikan ilmu2 al-iman (‘aqidah, usul ad-diin, kalam, tauhid
wilayah ‘aqal) dan ilmu2 al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, tauhid
wilayah qalbu) kepada kumpulan2 ramai memang sudah biasa, sejak tahun
2007 lagi sampailah 2019. Pernah puluh2 orang dan pernah ratus2 orang
juga. Cuma kesannya itu nampak kurang.
Ibaratnya,
kita hantar 100 tetapi kita boleh rasa yang hadirin umumnya dapat
20-30 sahaja. Murid2 lama pun dapat 50-60 sahaja. Memang ada manfaat.
Tetapi apabila kita buat halaqah talaqqi dan suhbah dalam 10 orang
sahaja, kita boleh rasa yang kita hantar 100 dan ahli2 halaqah terima
80-90 walaupun murid2 baru. Sangat bermanfaat.
Oleh
kerana sudah banyak sahabat2 asatizah yang mentarbiah kepada ramai
dalam bengkel2, seminar2, ceramah2, di masjid2, surau2, televisyen
dan sebagainya, maka bagus juga jika kita tumpu kepada kelas2 kecil
lagi khusus.
2.
“Tapi... kalau buat dalam kumpulan2 kecik ni, biasanya harga lagi
up la ustaz.”
Tak
ada up atau down. Umumnya, segala ilmu dan tarbiah daripada jalan
Imam al-Ghazali ini adalah percuma 100% selamanya. Walau banyak atau
sedikit hadirin, memang tiada sebarang caj terang2an atau caj
tersembunyi. Tiada yuran, bayaran, sumbangan, rayuan derma, kotak/
bekas kosong, atau sebagainya. Hal2 tersebut bukan suatu kesalahan,
cuma untuk program2 pengajian kita memang tidak ada.
Jika
para peserta datang dari jauh ke tempat kami, para peserta tentunya
kena
keluarkan
kos untuk diri sendiri dari segi pengurusan kenderaan, tol,
petrol,
dan makan minum (dan penginapan sekiranya perlu). Dari
segi ilmu dan tarbiah, tetap percuma. Insya-Allah jamuan makan minum
juga ada.
Ringkas
kata, selagi tiada hal2 yang bertaraf perlu, darurah atau kecemasan,
segala-galanya adalah percuma.
3.
“Macam
mana kalau ustaz atau wakil2 ustaz la orang
mintak
pi mengajaq jauh2? Contoh la... dari Selangor kena pi ke Johor
Bahru?”
Sekiranya
ketika
itu kami
mampu, kami pergi. Sekiranya tidak mampu atau kurang mampu, kita
tolak atau tangguhkan dulu.
Katakanlah
progaram itu jadi dibuat,
maka
dari
segi ilmu dan pertarbiyahan, tetap percuma juga. Dari
segi makan minum, pun
percuma
juga kerana setiap hari sama ada duduk di rumah atau keluar
bermusafir, kita memang keluar belanja untuk makan minum harian juga.
Cuma
jika para peserta ada
berhajat
hendak
membantu sedikit adalah
kos
dari
segi petrol dan
tol sahaja (dan
penginapan sekiranya jauh dan perlu bermalam). Ilmu
dan tarbiyah tetap percuma. Sekiranya
tidak ada pun, dan kebetulan kami ada kemampuan pada waktu itu, kami
akan usaha untuk menjayakan program itu juga.
Kesimpulannya,
tiada isu up or down.
4.
“Macam
mana kalau
orang bagi
hadiah (wang saguhati) selepas
majlis?”
Pada
awal2 kita
mengajar dulu memang ada timbul sedikit isu. Walaupun kita sudah
maklumkan kepada pihak penganjur/ masjid/ surau dll bahawa pengajian
kita adalah percuma, namun ada juga pihak2
tersebut
atau individu yang berhajat untuk memberikan sedikit hadiah
(saguhati). Apabila kita asyik menolak, timbul satu macam suasana
yang tidak enak. Apabila hajat mereka tidak kita penuhi, nampak ada
perubahan pada wajah, tindakan dan kemesraan
perhubungan.
Untuk
mengelakkan
hal2 tersebut daripada berlaku, kemudannya kita mengambil keputusan
untuk memenuhi
sahaja
hajat
mereka dengan
menerimanya
(sekiranya ada). Jika tidak ada, jangan sesekali
meminta atau
mengisyaratkan sesuatu yang boleh
ditafsirkan
sebagai meminta.
29/12/23