Saturday, November 5, 2022

Yang Jelas Gagal Berulang2 Jangan Diulang2

 

Dalam merawat, apabila kaedah dan bahan yang lebih kurang sama diusahakan ke atas pesakit itu sudah GAGAL BERKALI2 untuk memulihkannya, jika masih mahu diusahakan juga, maka perawat hendaklah mengikhtiarkan kaedah dan bahan yang lain pula. Keputusan untuk mengulang2 kaedah dan bahan yang lebih kurang sama juga untuk kali-kali yang seterusnya bukanlah tindakan yang bijak.


Tapi tak tahulah kalau si perawat memang bertujuan agar si pesakit berterusan mendapatkan khidmatnya agar berterusan boleh dimakan duitnya, maka banyaklah kejayaan si perawat dan berterusanlah masalah kesihatan si pesakit. Bidang sakit-makit ini paling luas dan paling berjaya dari segi scam.


Zaman dulu2 ada pak dukun yang pakaikan tangkal kepada orang2. Sebulan sekali orang pun datang meminta khidmat pak dukun sebab sebulan sekali akan mengalami masalah kesihatan yang sama. Untunglah pak dukun kerana punca sakit sudah dilekatkannya siap2 pada diri si sakit. Selagi tak dibuang tangkal itu, selagi itulah akan mengulang pak dukun kerana jin pak dukun pun sebulan sekali "melawat kawasan".


Jadi, sekiranya si perawat sudah tiada keahlian dalam kaedah dan bahan yang lain, sepatutnya si perawat hentikan khidmatnya dan menyarankan kepada si pesakit agar berusaha dan berikhtiar pula dengan perawat yang lain.


Kaedah dan bahan yang ternyata gagal BERKALI2, eloklah jangan diulang2 lagi.


4/11/22

No comments: