Kebenaran
jika tidak dikesan pun
tidak mengapa juga
kerana jika terkena pada dirimu pun,
ia tetap membawa manfaat.
Tetapi kesalahan
jika tidak mahir dikesan,
ia mudah terkena pada dirimu
dan mudaratnya dunia akhirat.
Oleh sebab itu
engkau hendaklah belajar
dan mempunyai kemahiran
untuk mengesan dengan segera
akan hal2 yang salah.
Yang benar itu
tidak perlu terburu2 untuk diketahui
tetapi yang tidak benar itu
perlu dari awal untuk dikenalpasti.
Berkata Huzaifah ra :
"Aku bertanya (kepada Rasulullah saw)
tentang kejahatan (yang merosakkan, yang bathil)
kerana aku takut terjatuh ke dalamnya.
Dan aku tahu bahawa kebajikan
(yang menguntungkan, yang benar) itu
tidak perlu untuk aku terburu2 mengetahuinya."
Berkata Huzaifah ra :
"Orang yang tidak mengenal kejahatan,
nescaya ia tidak akan mengenal kebajikan."
Begitulah umumnya
dalam jalan keruhanian ini.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
5/11/22
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment