Tidak semua rahsia boleh dicerita.
Ada rahsia yang besar mudaratnya jika dibuka.
Mudarat pada diri masih tidak mengapa.
Tetapi jika sudah mudarat kepada yang lain2 juga,
itu yang kita tidak sanggup membiarkannya.
Namanya pun rahsia.
Akan lebih ramai yang tidak memahami
kerana mereka tidak mengetahui dan menyedari
apa yang telah, sedang dan akan engkau hadapi.
Maka sebahagian mereka akan menghukumi
mengikut pendapat dan emosi sendiri2.
Itulah risiko yang terpaksa dihadapi.
Namun jangan engkau bergundah hati.
Maafkan sahaja,
serahkan kepada Yang Maha Mengetahui.
Kita doakan yang terbaik untuk semua orang.
Jangan hilang atau berkurang kasih sayang.
Terus dahulukan sangka baik kepada semua
sekalipun mereka dahulukan sangka buruk terhadap kita.
Sudah tentu ada sesuatu hal yang luar daripada biasa
hinggakan sebegitu tindakan yang dipilih kita.
Jika tidak berada-ada,
masakan tempua rendah sarangnya.
18/11/22
No comments:
Post a Comment