Dulu2 jika seseorang itu terjatuh ke dalam lubang dan tercedera, biasanya apabila dia berjaya keluar dari lubang itu, dia akan mengingatkan dan menahan orang lain daripada terjatuh ke dalam lubang yang sama. Tak kisah dirinya sudah terkena (patah tulang kaki, sakitnya berterusan, luka2 badan sehingga menjadi kudis yang sukar untuk disembuhkan), tetapi dia tetap tidak mahu orang lain pula menerima nasib yang sama sepertinya. Begitulah biasanya cara orang dulu2. Mereka sangat kasihkan umat dan suka membantu sedari awal.
Kini, jika seseorang itu terjatuh ke dalam lubang dan tercedera, biasanya apabila dia berjaya keluar dari lubang itu, dia akan mendiamkan diri sahaja dan buat-buat tidak kisah pun tentang lubang tersebut. Dia tidak berusaha untuk mengingatkan atau menahan orang lain daripada termasuk ke dalam lubang itu. Dia berasa tidak adil jika dia sahaja yang pernah terjatuh dan tercedera tetapi orang lain tidak turut sama terjatuh dan tercedera. Biarlah semua orang pun turut terjatuh dan tercedera sama seperti dirinya serta mendapat kesan-kesannya (patah tulang kaki, sakitnya berterusan, luka2 badan sehingga menjadi kudis yang sukar untuk disembuhkan). Selepas itu barulah kot2 dia hendak membantu.
Dalam hati, mereka mengucapkan, "Welcome to the club." Mereka seolah-olah berasa suka dan lega apabila mendapat tahu rakan-rakan mereka pun turut terjatuh ke dalam lubang yang sama.
Semakin jauh manusia...
12/11/22
No comments:
Post a Comment