Monday, November 21, 2022

Semua Kena Game?

 

Semua kena game?

Jika semua terkesan - ye.

Semua kena game - tidak.


Hanya yang tidak sedar bahawa

itu semua ialah game sahajalah

yang kena game.

Yang tahu sedari awal,

mereka tetap tidak terkena game

walaupun mereka turut sama terkesan.


Macam mana nak kenal

siapa yang terkena game, siapa yang tidak?

Umumnya (bukan semestinya)

tandanya jelas kelihatan,

tiada dapat diselindungkan.


Yang kemudiannya mendapat kesedaran,

maka adalah tindakan.

Yang kemudiannya sekadar mendapat pengetahuan,

hanya duduklah memerhatikan.

Yang kemudiannya tidak mendapat apa-apa,

akan teruslah menjadi makanan.


Fitnah itu apabila ia datang,

ada yang sedar sebelum ia berlaku,

ada yang baru sedar sewaktu ia berlaku,

ada yang baru sedar setelah ia berlaku,

dan ada yang tidak sedar2 sampai ke sudah.


20/11/22

No comments: