Sunday, November 27, 2022

Kisah Ahli Falsafah dan Ahli Sufi

 

Kisah berlaku dahulu kala. Sudah lama seorang ahli falsafah terkenal mendengar khabar tentang seorang ahli sufi. Dia ingin bertemu dengan si sufi untuk meneliti tentang pencapaian si sufi (maqamnya). Setelah diusahakan buat beberapa waktu, akhirnya mereka berdua berjaya ditemukan.


Apabila mereka duduk berhadapan, kedua-duanya menundukkan kepala dan senyap sahaja. Lama mereka berkeadaan sedemikian tanpa sebarang bicara. Kemudian, tiba-tiba sahaja pertemuan pun selesai lalu mereka pun berpisah.


Orang-orang pun bertanya kepada si ahli falsafah tentang keputusan pertemuannya dengan si sufi. Lalu jawabnya, "Aku TAHU apa yang dia SAKSIKAN."


Orang ramai pun berasa kagum dengan dapatan si ahli falsafah.


Orang-orang juga bertanya kepada si sufi tentang keputusan pertemuannya dengan si ahli falsafah. Lalu jawabnya, "Aku MENYAKSIKAN apa yang dia TAHU."


Daripada jawapan ini, fahamlah orang-orang akan perbezaan antara kedua-dua tokoh besar itu, juga perbezaan antara DAPATAN aliran falsafah dan aliran kesufian.


Jangan meremehkan ahli2 sufi yang benar. Kita tidak tahu apa yang sebahagian daripada mereka ada kalanya "SAKSIKAN".


27/11/22


No comments: