Monday, November 21, 2022

Ancaman Lain2, Tindakan Pun Kena Lain2

 

Orang yang sedang diancam oleh seekor kala jengking, lain tindakannya.

Orang yang sedang diancam oleh seekor ular tedung, lain tindakannya.

Orang yang sedang diancam oleh seekor anjing, lain tindakannya.

Orang yang sedang diancam oleh seekor buaya, lain tindakannya.

Orang yang sedang diancam oleh seekor harimau, lain tindakannya.

Orang yang sedang diancam oleh sekumpulan serigala, lain tindakannya.


Tidak bijak malah salah

jika disuruh semua mangsa buat tindakan yang sama.

Orang yang sedang diancam oleh seekor ular tedung,

jangan suruh orang yang sedang diancam oleh sekumpulan serigala

untuk meniru tindakannya menangani si ular tedung.

Begitulah umumnya.


Jika kita tidak tahu,

jangan dibuat2 tahu.

Tindakan kita itu mungkin betul

kerana bersesuaian dengan ancaman yang sedang kita hadapi.

Tetapi tindakan sebegitu tidak betul

untuk orang lain yang sedang menghadapi ancaman yang lain.


Orang yang terjatuh ke api

kita suruh mengelak, berlari dan memadamkan api.

Orang yang terjatuh ke air

kita suruh mengapung, berenang dan keluar dari air.

Jangan minta orang yang jatuh ke api itu berenang.

Jangan minta orang yang jatuh ke air itu berlari.


Lebih-lebih lagi jika kita tidak cukup memahami

apa bahaya yang orang lain itu sedang hadapi.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

18/11/22

No comments: