Friday, November 11, 2022

Musim Berebut2 Sakitkan Hati Orang Lain

 

Tibalah musim di mana

jika seseorang itu berjaya

menyakitkan hati pihak lawannya

maka dia terasa seolah2 mendapat pahala.


Lagi banyak dibuat, lagi banyak berjaya,

maka lagi berganda2lah pahala.

Jika sedikit dibuat, sedikit berjaya,

maka sedikitlah pahala.


Maka berlumba-lumbalah mereka

mengejar "pahala" itu.


Nasihat para mursyid tiada diendahkan.

Teguran ulama-ulama akhirat dibuang sahaja.

Pandangan para sufi seolah2 tidak kelihatan.

Tetapi permainan ulama-ulama dunia,

itulah yang menjadi ikutan.


Al-Ghazali semakin dilupakan.

Ihya' jauh terpinggirkan.

Isinya tiada dalam pengetahuan.

Terasa ganjil jika disampaikan.


Telah lamalah akhir zaman.

Tibalah zaman akhir yang dinantikan.

Tungku as-sa'ah tiada terperasankan.

Seolah tiada bersama dalam 4 turutan.


8 November 2022

No comments: