Yang ramai-ramai di atas pentas itu
pertunjukan, acara, upacara namanya.
Yang lebih ramai lagi
iaitu di bawah (hadapan) pentas itu,
hadirin namanya.
Untuk lebih meriah dan lebih nyata,
maka sesekali dan seselalulah
hadirin dilibatkan sama
iaitu interaksi namanya.
Keseluruhannya
temasya namanya.
Namun
hampir semua yang di atas dan di bawah
tiada sedar akan itu sekadar temasya
lalu mereka bersungguh-sungguh lakunya.
Dibuat jenaka, hadirin kan tertawa.
Ditutup pendingin hawa, hadirin kan masam muka.
Diedarkan minuman manis, hadirin kan suka.
Diherdik dicerca, hadirin kan meronta.
Apa jua jenis "suis"
hanya perlu ditekan cuma.
Maka kan menyalalah
"warna lampu" yang disuka.
Pertarungan sebenar itu
di belakang layar adanya.
Pasukan yang terlibat
kecil sahaja.
Para petarungnya pun
sedikit sahaja.
Mereka tidak terpengaruh dengan temasya
melainkan dengan medan yang sebenar2nya.
Ada temasya atau tiada,
perjuangan mereka berterusan jua.
Apa yang engkau lihat,
bukan yang sebenar.
Apa yang engkau sangka,
tidak sebagaimana yang dikhabar.
Tiada yang kebetulan,
umumnya.
21/11/22
No comments:
Post a Comment