Monday, November 21, 2022

Jika Perayu Undi...

 

Jika perayu undi yang datang itu dengan wajah ceria, tutur kata yang sopan, nampak meraikan pilihan orang yang hendak dirayu, penuh hormat, nampak redha, ramah, bersikap hendak berkawan, tidak mudah ambil hati... orang yang pada asalnya tidak cenderung kepada mereka pun boleh berubah jadi cenderung.


Tetapi jika perayu yang datang itu dengan wajah yang ketat, nampak kelam-kabut, tutur katanya kurang sopan-santun, pada wajah macam ada perasaan tidak puas hati, nampak sedang bengang, macam tercium aura dendam, tidak terasa sikap hendak berkawan, menekan, memaksa... orang yang pada asalnya cenderung kepada mereka pun boleh berubah jadi tidak cenderung.


19/11/22

No comments: