Dulu-dulu pada musim-musim cuti selalu orang datang berubat atau minta pergi berubat. Kini walaupun sudah lebih 6 bulan berhenti sepenuhnya, pada hari-hari cuti masih ada juga yang berhajat. Namun terpaksalah ditolak semuanya kerana diri memang tidak membuat persediaan. Dikhuatiri akan memudaratkan diri dan keluarga nanti. Pada cuti beberapa hari sempena Deepavali baru-baru ini, ramai pula jadinya.
Walaupun kita sudah menolak, tapi kadang2 orang yang berhajat mahu berkongsi juga masalah mereka. Jadi, kita pun raikan mereka dengan menjadi pendengar. Sekurang2nya hal itu dapat menjadi satu terapi kepada minda mereka kerana luahan juga boleh meredakan stress.
Antara masalah2 yang dikongsikan :
1. Seorang hamba Allah minta dibuat sesuatu kepada rumahnya yang selalu mengalami gangguan misteri. Tidak ternampak sebarang lembaga, lintasan, makhluk dan sebagainya tetapi barang2 dalam rumah selalu berubah-ubah kedudukan seolah-olah dengan sendirinya berubah. Saya terpaksa menolak.
2. Seorang wanita pertengahan 30-an yang umumnya tiada sebarang masalah kesihatan selalu berasa sakit dalam perut tetapi tiada tanda-tanda lain. Dikatakan dia terkena kanser (kalau tak salah kanser pankreas katanya). Wallahua'lam. Ramai yang jadi begini akhir2 ini. Saya terpaksa menolak.
3. Seorang lelaki muda sekitar pertengahan 30-an yang umumnya tiada sebarang masalah kesihatan tiba2 mendapat masalah jantung. Disangkakannya kerana dia selalu makan makanan bergoreng. Seorang lagi lelaki dalam usia 30-an juga. Katanya kerana penyakit keturunan. Saya pun tidaklah memberi sebarang komen. Jenis ini pun banyak akhir2 ini. Saya terpaksa menolak.
4. Seorang lelaki 40-an yang juga umumnya tiada masalah kesihatan yang sudah 4 bulan kena batuk teruk tak mahu sembuh2. Pelbagai usaha dan ikhtiar sudah dibuat tetapi tiada perubahan. Ada seorang lagi iaitu wanita 50-an yang sudah 3 bulan batuk berterusan. Wanita ini juga umumnya tiada masalah kesihatan kecuali sedikit darah tinggi. Katanya kena santau. Namun secara peribadi, saya tak rasa dia kena santau. Jenis ini pun banyak akhir2 ini. Ramai yang saya rawat pada Disember 2021-Mac 2022 lalu yang berkata mereka kena santau tetapi bukan pun. Juga seorang wanita 40-an yang batuk berulang2 sejak bulan Mac lalu. Sekejap sembuh, lepas tu datang lagi. Saya terpaksa menolak.
5. (Yang ini saya buatkan juga air yang didoakan dan tolong pagarkan secara ringkas) Sebuah bilik yang ada peralatan elektriknya selalu terpasang sendiri walaupun sudah ditutup, seolah-olah ada sesuatu atau seseorang yang membukanya selepas semua orang pulang dan bilik dikunci.
6. Seorang wanita muda berusia 20-an yang akhir2 ini sering terlupa. Sudah beberapa kali dia keluar memandu kereta untuk sesuatu urusan tetapi ketika memandu dia terlupa terus akan urusan tersebut. Dia tidak tahu ke mana dia hendak pergi dan apa tujuannya. Hal ini menyebabkan dia memandu berpusing2, kadang2 berhenti di tepi jalan sambil berfikir, dan akhirnya akan pulang sahaja ke rumah. Sebelum ini sudah ada beberapa orang pesakit yang terkena "lupa" walaupun masih muda. Selalu yang jadi mangsa ialah kunci, wang dan telefon bimbit. Asyik hilang sahaja. Jenis ini pun banyak juga akhir2 ini. Saya terpaksa menolak.
7. Seorang gadis muda yang boleh dikatakan lumpuh badan dari pinggang ke bawah setelah tergelincir sedikit sahaja ketika berdiri lalu terjatuh ke tanah. Dikatakannya di tempat dia tergelincir itu ada makhluk2 halus. Di dalam badannya sekarang pun ada beberapa makhluk itu.Saya terpaksa menolak.
Yang demam, batuk, selesema, dan masalah pernafasan itu memang biasalah. Selalu ada.
Begitulah antara dapatan sejurus sebelum dan semasa cuti sempena Deepavali tempoh hari, setakat yang dapat diingat. Selepas2 itu masih ada yang mencuba lagi tetapi tidaklah seramai cuti Deepavali dulu. Hujung tahun ini ada cuti sekolah pula. Dijangkakan akan ada juga yang berhajat dan akan ada yang terus datang berdiri di depan rumah. Di sini saya maklumkan lagi untuk ke sekian kalinya bahawa saya sudah berhenti daripada dunia perubatan sejak Mac 2022 lalu.
12/11/22
No comments:
Post a Comment