Wednesday, November 23, 2022

Sejarah Mengajar Tentang Matlamat Peperangan

 

Sejarah itu guru.


Ada pasukan yang dihantar ke medan perang

memang untuk menang.

Ada pasukan yang dikerahkan ke medan perang

memang untuk dikalahkan.

Ada pasukan yang diutus ke medan perang

memang untuk seri sahaja.

Ada pasukan yang diarahkan ke medan perang

memang untuk batal perang sahaja.


Sejarah itu guru.


Ada pasukan yang dihantar ke medan perang

dengan harapan untuk menang.

Ada pasukan yang dikerahkan ke medan perang

dengan harapan untuk dikalahkan.

Ada pasukan yang diutus ke medan perang

dengan harapan untuk seri sahaja.

Ada pasukan yang diarahkan ke medan perang

dengan harapan untuk tak jadi perang sahaja.


Sejarah itu guru.


Ini semua "permainan" turun-temurun

yang sepatutnya semakin banyak

manusia maju hari ini menyedarinya.

Para "tentera" yang turun ke medan

memanglah akan sentiasa menyangka bahawa

pedang atau peluru mereka

ada peranan untuk mengubah sesuatu.

Namun untuk medan-medan tertentu,

turunnya mereka itu

tidak lain sekadar satu temasya atau acara.


Sejarah itu guru.


Cuba imbas dan teliti

sebahagian perang-perang besar dahulu kala

yang mana pihak yang diisytiharkan

sebagai pemenang oleh "sejarah" itu

ternyata mengalami

korban jiwa yang lebih banyak,

kemusnahan yang lebih teruk,

dan kerugian yang lebih besar.

Tetapi mereka yang diakui sebagai pemenang.


Sejarah itu guru.


Selalu juga :

Apa yang terlihat oleh mata itu, bukan yang sebenar.

Apa yang disangka oleh minda itu, bukan yang sebetul.


Sebab itulah jangan beriya-iya sangat.

Cukuplah sekadar melalui sahaja.

Medan dan lapangan sebenar

lain lokasinya.


22/11/22


No comments: