Thursday, August 18, 2022

Hendak Lalui Masalah Telinga Berdesing

 

Masalah telinga asyik berdesing. Ringkasnya penyakit ini tidak punya ubat atau rawatan yang khusus. Biasanya pesakit akan berterusan mengalaminya. Jadi, doa dan amal2 ibadah yang lain tentunya kita teruskan macam biasa, mohon kepada Allah agar disembuhkan. Berubat, teruskan. Selain itu, antara usaha2 lain yang dapat membantu terutamanya dari segi pesakit hendak melalui hari2 dalam hidup :


1. Waktu hendak berlapang2 terutamanya ketika hendak tidur (masa ni desing terdengar kuat sebab alam lebih sunyi), boleh buka sedikit (perlahan) kipas angin atau air cond walaupun cuaca sejuk. Bunyi2 kipas angin atau air cond tu dapat mengurangkan tumpuan telinga kita kepada desingan dalam telinga. Insya-Allah dapat tidur dengan lebih mudah.


2. Boleh juga pasang audio ayat2 Al-Quran (ada sejenis alat yang kita cucuk n pasang di soket/suis dan ia akan alunkan zikir2 n ayat Quran sampai le ke pagi). Elok pasang jauh dalam bilik lain agar bunyinya sayup2 je, sedap didengar. Kalau pasang dekat dengan kita pun nanti terasa bingit (suara nyaring alat tu "menikam" telinga) dan susah pula hendak lena. Yang ini pun berkesan untuk hindarkan tumpuan kita kepada bunyi berdesing itu.


3. Apabila terasa mengantuk pada waktu malam, elok terus tidur waktu itu juga. Insya-Allah bunyi berdesing tu akan kita lupa. Jangan tunggu sampai mengantuknya hilang baru hendak merebahkan diri. Nanti susah hendak tidur. Sebelum tidur (selepas Isyak) elakkan minum kopi, teh, minuman bergula tinggi dan seumpamanya yang "mencerahkan mata" melainkan jika kita memang hendak berjaga kerana ada urusan.


4. Kesibukan pun membantu juga. Apabila kita sibuk, kita akan terlupakan bunyi desingan tu.


5. Usahakan agar emosi ok. Biar ceria2 selalu. Apabila kita dalam suasana ceria, biasanya kita kurang ambil kisah dengan desingan tu.


6. Mungkin juga aliran darah (atau lain2) ke organ2 di mana telinga kita tak sampai dengan sempurna yang menyebabkan desingan. Jadi, apa2 makanan, minuman atau senaman yang membantu kelancaran pengaliran darah sangat bagus jika kita dapatkan.


7. Elakkan tidur selepas subuh, lebih2 lagi selepas asar. Kadang2 kita keletihan dan terlelap juga lepas asar. Apabila bangun nanti, memang kuat sungguh desingnya. Sebab tu hendaklah berusaha elakkan tidur pada dua waktu tersebut.


- Diubahsuai daripada jawapan saya kepada seorang yang bertanya pada Julai/Ogos 2022 untuk manfaat orang2 lain sama.

No comments: