Tuesday, August 23, 2022

Bisikan2 Misteri

 

Sekarang banyak perawat menerima banyak pesakit (sama ada yang bertemu muka atau yang bertanya dari jauh) yang mengalami masalah KERAP TERDENGAR BISIKAN, atau kerap 'TERDENGAR BISIKAN". Sejak dahulu pun memang ada sahaja pesakit sebegini pada setiap bulan tetapi kini bilangannya meningkat berkali-kali ganda.


Pada waktu2 aktif merawat dulu (walaupun tidak sepenuh masa), dalam SEBULAN adalah 2-3 orang yang mengadu mengalami masalah sebegini. Tetapi mulai Januari tahun ini jumlahnya meningkat. Pada Feb-Mac lagi banyak. Dalam SEMINGGU sahaja boleh dapat 3-4 orang.


Selepas Mac, saya berhenti merawat. Kebanyakan pesakit tak sembuh atau tak mengalami perubahan pun. Tapi perkongsian daripada rakan2 muallij yang lain kemudiannya menunjukkan mereka juga menerima kes yang sama dan semakin bertambah. Saya yakin, sekarang (Ogos) lagi banyak.


JENIS-JENIS BISIKAN


Berbalik kepada bisikan. Ramai orang berbicara tentang terdengar bisikan. Memang benar. Tapi sebahagian daripada kes yang saya dapat pada awal tahun ini berkait dengan "TERDENGAR BISIKAN" bukannya TERDENGAR BISIKAN. Apa bezanya?


1. Terdengar bisikan itu ada dua bangsa iaitu :


a) Terdengar suara zahir yang sangat perlahan tetapi dekat, yang mengatakan sesuatu kepada kita. Contohnya ketika hendak membeli lauk-pauk di restoran, tiba2 telinga kita seorang sahaja yang terdengar suara yang berkata, "Ambil le lauk nombor tiga tu, ayam percik tu."


Ramai yang menyangkakan kesemua orang yang mendengar bisikan itu adalah daripada jenis ini. Sebenarnya bukan semua, cuma orang itu tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal yang dialaminya lalu orang itu pun ringkaskan ceritanya dengan mengatakan yang dia ada terdengar suara berbisik (YANG ZAHIR). Setelah kita bertanya lebih lanjut dan lebih halus, rupa2nya sebahagian daripada mereka mendengar suara/bunyi YANG TIDAK ZAHIR (sebagaimana di bawah nanti).


b) Terdengar suara yang tidak zahir (maksudnya kata2 itu berbunyi di dalam fikiran/kepala) yang seumpama orang berbisik. Contohnya ketika seseorang itu sangat tertekan, di a terdengar suara di dalam kepalanya, atau fikirannya, atau dadanya yang mengatakan, "Engkau terjun je (dari jambatan ni)."


2. "TERDENGAR BISIKAN" pula lain ceritanya. Mereka tidak mendengar sebarang kata-kata sama ada yang zahir atau yang di dalam kepala, tetapi macam ada sesuatu yang mendorong mereka (secara begitu sahaja, seumpama naluri yang tiba-tiba datang). Apabila mereka disoal siasat, mereka tidak tahu cara untuk mengungkapkan hal yang mereka alami lalu mereka ringkaskan sebagai ada terdengar suara sahaja. Tetapi jika kita mengajak mereka menyelongkar lebih dalam, ternyata sebahagiannya didorong oleh sesuatu yang bukan bisikan zahir atau bisikan tak zahir.


Contohnya, seorang yang diketahui oleh masyarakat sebagai seorang yang sangat baik. Tiba2 pada suatu hari dia dengan sendirinya terdorong (datang suatu kehendak entah dari mana) untuk mencederakan diri sendiri atau orang lain. Tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak menceritakan situasi tersebut lalu disebutnya sebagai terdengar suara berbisik yang menyuruhnya.


Wallahualam.


23/8/22

No comments: