1. Seorang suami tidak boleh (tidak eloklah) menikmati sesuatu makanan lazat secara bersendirian. Atau jika dia sudah memakannya (contohnya dibelanja kawan atau dijemput ke jamuan), hendaklah dia berdiam dan tidak memujinya (menceritakan kesedapan makanan) di hadapan isterinya (dan isi rumahnya).
2. Orang bertanya kepada seorang suami yang mahu menceraikan isterinya, "Mengapa engkau mahu menceraikannya?"
Dia menjawab, "Aku tidak akan membongkar rahsia2 isteriku."
Setelah (kemudiannya ) ternyata dia menceraikan isterinya, dia ditanya lagi (akan sebabnya) lalu dia berkata, "Sekarang dia (bekas isteri) itu sudah menjadi orang asing (orang lain) bagiku. Maka aku tidak lagi terlibat lagi dengan urusan soal-soal peribadinya."
3. Oleh kerana perkahwinan berkait dengan agama, maka ia mesti dibuat menurut panduan keagamaan, Jika tidak, pertemuan anatara lelaki dan perempuan itu (diumpamakan) tidaklah lebih baik daripada pertemuan sesama haiwan.
4. Abu Sulaiman berkata, "Isteri yang baik bukan sahaja rahmat di dunia ini tetapi juga rahmat di akhirat kerana dia memberikan (mewujudkan) waktu senggang kepada suaminya ( di dunia ini) untuk berfikir tentang akhirat."
*(Oleh kerana isteri membantu suami menguruskan rumahtangga, maka kesibukan suami itu berkuranglah sedikit. Jika tidak, mungkin si suami akan sangat kekurangan masa untuk memajukan diri dalam keagamaan. Bersyukurlah kepada Allah dan berterima kasihlah kepada isteri)
5. Jika dia (suami) melihat sesuatu yang nyata salah dilakukan oleh isterinya, dia tidaklah boleh membiarkannya sahaja melainkan mestilah menegurnya. Jika tidak, dia (si suami) akan jadi sekadar bahan ketawaan (orang) sahaja.
6. Dalam berurusan dengan mereka (isteri), seseorang (suami) mestilah berusaha menggabungkan antara ketegasan dan kasih sayang, dan kasih sayang itu sebagai bahagian yang lebih besar.
(*Maksudnya tegas kena ada, kasih sayang lagilah kena ada. Antara ketegasan dan kasih sayang, lebihkan bahagian kasih sayang itu)
- Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, Kimiya' us-Sa'adah : Perkahwinan
No comments:
Post a Comment