AYAT AL-QURAN 1
Allah SWT berfirman : "Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia lakukan, tetapi MEREKALAH (kitalah) YANG AKAN DIPERSOAL (di akhirat kelak tentang apa yang kita lakukan)." (Al-Anbiya' : 23)
HURAIANNYA
1. Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita persoalkan. Kita hanya wajib terima, percaya dan berdiam sahaja. Tidak boleh kita bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya.
2. Yang WAJIB KITA BERSIBUK-SIBUK adalah tentang wilayah kerja kita (wilayah syariat). Wilayah kerja kita ini PASTI akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Ada usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu? Dan sebagainya.
AYAT AL-QURAN 2
Allah SWT berfirman : "Dan sekiranya Allah mahu, nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (sahaja), tetapi Dia menyesatkan sesiapa yang Dia kehendaki dan (Dia) memberikan petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Tetapi, KAMU PASTI AKAN DIPERSOAL TENTANG APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN." (An-Nahl : 93)
HURAIANNYA
1. Dari segi hakikatnya (wilayah pekerjaan Allah), Dia yang menyesatkan atau memberikan petunjuk. Ikut Dia, kerana itu rahsia-Nya. Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita persoalkan. Kita hanya wajib terima, percaya dan berdiam sahaja. Tidak boleh kita bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya.
2. Dari segi syariatnya (wilayah kerja kita), semua yang kita lakukan PASTI akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Kita wajib bersibuk2 pada wilayah kerja kita ini. Ada usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu? Dan sebagainya.
CONTOH-CONTOH PERMASALAHAN
Contoh 1 : Untuk Golongan yang Berfahaman Jabbariyah
Dakwaan mereka : "Allah yang tentukan aku masuk syurga ke neraka ke. Kalau aku tak solat, tapi Dia dan tentukan aku ahli syurga, aku tetap akan masuk syurga jugak. Kalau kamu solat tungging-terbalik pun tapi Dia dah tentukan kamu ahli neraka, akan tetap ke neraka jugak. Allah berkuasa, makhluk tak ada apa-apa."
(*Sebenarnya orang sebegini tidak mahu melaksanakan perintah2 Allah yang tertentu, atau kerana dia mahu melanggar larangan2 Allah yang tertentu. Maka dibuatnyalah alasan penyedap hati agar berasa dirinya sedang diredhai Allah)
Jawapan : Betul, tapi itu wilayah kerja Dia. Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita persoalkan. Kita hanya wajib percaya, terima dan berdiam sahaja. Tidak boleh kita bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya. Yang WAJIB KITA BERSIBUK-SIBUK adalah tentang wilayah kerja kita (wilayah syariat). Wilayah kerja kita ini PASTI akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Dia dah janji.
Ada usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu? Dan sebagainya.
Contoh 2 : Untuk Golongan yang Malas, Mahu Bermudah2, Mahu Bersenang2
Dakwaan : Tak payah nak fikir banyak2. Kita serah je kepada Allah. Tawakkal je. Dia Maha Mengetahui.
(Sebenarnya orang jenis ini malas untuk berusaha dan berikhtiar. Mereka mahu yang mudah2 sahaja, yang senang2 sahaja, yang cepat2 sahaja. Maka dibuatnya hujah penyedap hati berlapikkan keagamaan agar dia berasa lebih yakin bahawa usaha dan ikhtiarnya yang sedikit itu sudah menyelamatkannya daripada murka Allah)
Jawapan : Pekerjaan Allah (wilayah hakikat) tidak akan dipersoal dan haram kita persoalkan. Kita hanya wajib percaya, terima dan berdiam sahaja. Tidak boleh kita bersibuk2 dengan wilayah kerja-Nya. Orang arifbillah, orang yang dah capai ma'rifah dah tentu lebih maklum akan hal ini. Yang WAJIB KITA BERSIBUK-SIBUK adalah tentang wilayah kerja kita (wilayah syariat). Wilayah kerja kita ini PASTI akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Allah dah janji.
Ada usaha dan ikhtiar kita? Sekuat mana usaha dan ikhtiar kita? Ikhlaskah usaha dan ikhtiar kita itu? Benarkah atau batilkah apa yang kita usaha dan ikhtiarkan itu? Berterusankah usaha dan ikhtiar kita itu? Dan sebagainya.
KESIMPULANNYA
Banyak manusia suka bersibuk2 dengan wilayah yang diharamkan kepada mereka untuk bersibuk2 dengannya iaitu wilayah pekerjaan Allah (wilayah hakikat). Padahal mereka tidak akan dipersoalkan dan diminta pertanggungjawaban pun oleh Allah tentang pekerjaan2 wilayah hakikat itu. Mereka hanya perlu terima, percaya dan berdiam sahaja.
Sebaliknya manusia mengabaikan atau melemahkan pula pekerjaan2 pada wilayah syariat yang pasti akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah itu. Mereka mahu menutup kesalahan atau kelemahan mereka dengan MENUNGGANG AGAMA atau lebih khusus lagi MENUNGGANG PEKERJAAN ALLAH (WILAYAH HAKIKAT).
Maka, kita mestilah yakin sepenuhnya bahawa semua yang berlakau pada hakikatnya adalah kerja Allah dan kehendak Allah, DAN dalam masa yang sama kita berterusan berusaha dan berikhtiar dengan SANGAT GIGIH. Beginilah pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah. 5/8/22
No comments:
Post a Comment