Sunday, August 21, 2022

10 Tazkirah Pendek Seterusnya

 


1. Mata yang terbuka belum tentu sedang memandang. Mata yang tertutup belum tentu tidak sedang menyaksikan.


2. Hari2 yang amal ibadahmu kemas, diri ruhani dan jasmanimu juga akan terasa kemas. Begitu juga jika sebaliknya.


3. Para pembawa kebenaran semuanya ada mendapat tentangan. Engkau pula berharap hendak jadi pembawa kebenaran tetapi tanpa mendapat tentangan? Mana kan dapat sebegitu!


4. Malang sebenar malang itu apabila engkau cari yang benar, tahu yang benar, tetapi masih mempercayai yang bohong.


5. Kau ikut jalannya Rasululllah, orang yang sayang ramai, orang yang benci pun ramai. Itu memang fitrah. Bersedia, jangan mengalah.


6. Apabila tiada tempat untuk bersandar maka mudahlah ajaran diputar2 atau terputar tanpa disedar lalu disangka itulah yang benar.


7. Mengapa ada guru2 keRUHanian yang tidak menguji? Kerana cukup dengan memerhati para salik menguruskan ujian kehidupan sehari-hari.


8. Hendak menyelamat dalam keadaan dikekang mulut, kaki dan tangan memang sangat sukar. Namun para pejuang tetap berusaha dan berikhtiar.


9. Air dan OKSIGEN ini ubat2 paling utama. Jika yang dua ini tak terurus dengan baik, memanglah macam2 penyakit akan sampai. Kemudian kau salahkan jin.


10. Selagi engkau belum terkena virus taksub, engkau masih boleh ditolong. Tetapi apabila engkau sudah terkena, hampir2 tiadalah lagi orang lain yang berdaya upaya untuk mengubahnya. Ketaksuban itu menghapuskan kewarasan. Kewarasan pula menghapuskan ketaksuban.

No comments: