Imam al-Ghazali merupakan mujaddid kurun pada zamannya. Imam lahir pada tahun 1056 atau 1058 Masihi dan meninggal dunia pada 1111 M. Katakanlah beliau mula berperanan besar kepada agama dan umat ketika usia baligh, maka bolehlah dikatakan tajdid untuk kurun tersebut bermula sekitar 1070 M. Oleh kerana dakwah tajdid lebih kurang satu abad, maka kita campurkan dengan 100 tahun. Secara ringkasnya, tajdid cetusan mujaddid kurun itu berlaku sekitar 1070-1170 M.
Jika tajdid si mujaddid dikira bermula daripada masa lahirnya pula, maka tempoh masanya ialah antara 1056 hingga 1156 M.
Sebagai kesimpulannya, mungkinlah era tajdid oleh si mujaddid kurun (Imam al-Ghazali) lebih kurang antara 1056 hingga 1170 M. Wallahua'lam.
TOKOH2 UMAT KETIKA IMAM MENJADI MUJADDID KURUN
Banyak wali2 Allah, ulama2 dan tokoh2 lain yang SEDANG HIDUP AKTIF (sedang berada di puncak) pada zaman tersebut (1056-1170 M). Dalam penulisan kali ini, kita senaraikan sahaja lebih dahulu nama2 tokoh tersebut. Insya-Allah dalam penulisan2 akan datang baru kita huraikan sedikit tentang mereka. Antaranya 30 orang yang terdiri daripada :
Abu al-Hasan Hankari 1018-1093
Abu Said Mubarak Makhzumi 1013-1119
Imam al-Haramain (Imam Dua Tanah Haram, guru utama kepada Imam al-Ghazali) 1028-1085
Nizam al-Mulk (Perdana Menteri Kerajaan Seljuk) 1018-1092
Al-Farmadhi 1016-1084
Alp Arslan (Sultan Kerajaan Seljuk) 1029-1072
Yusuf al-Hamadani 1048/49-1140
Alwi bin Ubaidillah ?-1118
Malik Shah (Sultan Kerajaan Seljuk) 1055-1092
Ali as-Sulami (Pemimpin utama jihad Perang Salib, murid Imam al-Ghazali) ?-1106
Yusuf bin Tasyfin (Raja Kerajaan Murabitun) 1061-1106
Abu Muhammad Hirzihim (murid Imam al-Ghazali) ?-1112
Imam Ahmad Al-Ghazali (adik Imam al-Ghazali) 1061-1123/26
Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (pengasas Tarekat Qadiriyah) 1077-1166
Ibnu Tumart (pengasas Kerajaan Muwahhiddun di Maghribi dan Sepanyol, murid Imam al-Ghazali) 1077-1130
Ahmad Sanjar (Sultan Kerajaan Seljuk) 1085-1157
Imaduddin Zangki (Raja Kerajaan Zangki) 1085-1146
Abdul Mu'min bin Ali (Raja Kerajaan Muwahhiddun) 1094-1163
Ali Hirzihim ?-1163
Abu Najib as-Suhrawardi (pengasas Tarekat Suhrawardiyah) 1097-1168
Ainul Qudhat (murid Imam Ahmad al-Ghazali) 1098-1131
Ibnu Asakir 1106-1175
Abdul Khaliq Ghijduwani ?-1179
Ahmad ar-Rifa'i (pengasas Tarekat Rifa'iyah) 1106/1119-1183
Nuruddin Zangki (Raja Kerajaan Zangki) 1118-1174
Ali bin Muhammad Shahib Mirbath
Abi Madyan (pengarang Hikam Abi Madyan) 1126-1198
Ibnu Rusyhd 1126-1198
Salahuddin al-Ayyubi (Sultan Kerajaan Ayyubiyah) 1137-1193
Umar bin Abdullah as-Suhrawardi 1145-1234
2/8/22
No comments:
Post a Comment