Ketika Khalifah Harun ar-Rasyid hendak pergi menunaikan ibadah haji, dia singgah di Kufah beberapa hari dengan kebesarannya sebagai khalifah. Sewaktu dia hendak meneruskan perjalanannya, datang Bahlul (yang sebahagian orang memandangnya sebagai gila) memberi nasihat dan kritikan dengan suara yang lantang kepada Harun.
Dengan kuasa Allah, Harun menangis mendengarnya malah meminta agar ditambahkan nasihat dan kritikan ke atasnya. Kemudian Harun cuba memberikan hadiah kepada Bahlul tetapi Bahlul menolak. Harun cuba menawarkan untuk membayarkan hutang2 Bahlul sekiranya ada, tetapi Bahlul tetap menolak. Kemudian Harun menawarkan pula untuk memberikan belanja hidup dan tempat tinggal kepada Bahluk, yang itu pun ditolaknya juga dengan berdoa kepada Allah.
Khalifah Harun pun (mati akal) tidak dapat berkata apa-apa lagi lalu beredar dari situ.
- Diringkaskan daripada kitab Ihya' 'Ulumuddin, Imam al-Ghazali
No comments:
Post a Comment