Thursday, August 18, 2022

10 Tazkirah Pendek

 


1. Kenangan terindah masa hadapan mungkin terciptanya bermula hari ini. Maka jangan malas dan jangan takut untuk berkorban pada jalan Allah.


2. Apabila orang2 yang iri hati gagal menjumpai kesalahan dan kelemahan anda, kadang2 mereka akan berusaha menciptakannya.


3. Habib Abdullah al-'Idrus dikatakan hampir2 dapat menghafal keseluruhan kitab Ihya' 'Ulumuddin kerana kitab ini boleh dikatakan selalu berada di tangannya dan berjaya dikhatamkannya puluhan kali. Wallahua'lam.


4. Fikir umat dan tindak umat? Jika fikir umat pun tak mahu, tindak umat lagilah tak ada. Tukang cerita, tukang komen, tukang kritik, tukang bising hal umat sangat banyak. Tapi tukang yang mahu buat kerja untuk umat... sangat kurang.


5. Orang2 yang penyakit hatinya banyak, kuatlah resah gelisahnya. Yang penyakit2 hatinya kurang, kuranglah resah gelisahnya.


6. Walau terbukti kita benar berkali2 berturut2 pula, tetapi orang2 yang ego atau berkepentingan tetap tak akan mengakui.


7. Berusahalah sehingga apaila engkau terpandang dirimu sendiri, engkau terus teringat akan Allah, segera ingat akan Allah, lebih banyak ingat akan Allah.


8. Biarlah rumah kecil asalkan banyak bahagia di dalamnya daripada rumah besar tetapi banyak derita di dalamnya.


9. Selepas berguru dan berlatih "kasyaf", pandang tembuslah ke sebalik hijab kuasa dan peraturan. Barulah nampak nyata kebenaran.


10. Dakwah harian adalah untuk kesedaran harian kerana kesedaran kita ada naik turun, ada kuat lemah. Kadang2 pagi kuat, petangnya merudum. Siang hebat, malamnya menjunam. Tak boleh hanya bergantung dengan dakwah 2-3 hari sekali, mingguan atau bulanan.

No comments: