Wednesday, August 17, 2022

Imam al-Ghazali Bicara Tentang Orang2 yang Dipanggil sebagai Ulama

 

Imam al-Ghazali menutup Kitab Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar di dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin dengan menuliskan : "Inilah perjalanan hidup para ulama dan adat kebiasaan mereka dalam amar ma'ruf dan nahi munkar. Dan mereka hanya sedikit sahaja mempedulikan (terkesan dengan) kekuasaan para pemerintah. Sebaliknya mereka bertawakal kepada Allah atas kurniaan-Nya memelihara mereka."


Tulis al-Imam lagi, "Tetapi sekarang (lebih 900 tahun dahulu), sifat kerakusan TELAH MENGIKAT LIDAH PARA ULAMA lalu mereka berdiam diri."


Pada bahagian yang lain Imam menulis : "Rosaknya rakyat kerana rosaknya para penguasa. Dan rosaknya para penguasa kerana rosaknya ulama-ulama. Dan rosaknya ulama-ulama kerana pengaruh kecintaan kepada harta dan kemegahan."

- Imam al-Ghazali, Ihya' 'Ulumuddin

No comments: