Thursday, August 18, 2022

Mengapa Sebahagian Pendekar Sembunyi dan Samarkan Diri?

 

Cucu : Mengapa tok dan sahabat2 menyamar dan menyembunyikan diri?


Pendekar : Kami takut...


Cucu : Tok kan pendekar? Tok kan ahli sufi?


Pendekar : Takut tok ni lain ceritanya cu.


Cucu : Tok takut dengan tentera Belanda?


Pendekar : Huh! Tok dan kawan2 tok sebesar habuk pun tak pernah takut dengan mereka! Dengan izin Allah, mereka yang takut akan kami.


Cucu : Jadi, apa yang tok takut tu?


Pendekar : Kami "takut" dengan orang-orang yang dipergunakan oleh penjajah.


Cucu : Siapakah mereka tok?


Pendekar : Pemerintah, para pembesar, tentera dan rakyat bumi ini sendiri... pada zaman itu.


Cucu : Peliknya tok!


Pendekar : Ya. Sebab itulah walaupun Indonesia sudah mencapai kemerdekaan daripada penjajah, tok dan kawan2 kekal menyamar dan menyembunyikan diri.


Cucu : Hmmm...


Pendekar : Cubalah cucu fikirkan - kami berbuat demikian kerana takut akan penjajah yang sudah pulang negeri atau kepada orang-orang yang masih di sini? Belanda pergi, kami masih sembunyi. Jepang datang sampailah Jepang pergi, kami tetap sembunyi. PKI berkuasa sampailah PKI rebah diri, kami masih menghilangkan diri.


Cucu : Ye tak ye lah tok! Tak pernah saya terfikir sebelum ini. Jika tok bermasalah dengan penjajah, tentulah tok dan sahabat2 akan terus menzahirkan diri sebaik-baik sahaja penjajah pergi atau setelah negara kita mencapai kemerdekaan. Dah tentulah tok akan pulang ke Asahan untuk bersama-sama kaum keluarga. Tapi sebaliknya tok dan sahabat2 masih teguh memalsukan kematian dan menyamarkan diri.


Pendekar : Begitulah wahai cucu. Baguslah jika kamu sudah mula faham.


3/8/22


No comments: