Wednesday, August 17, 2022

Musim Demam Berulang-ulang

 

Baru2 ini rakan2 muallij memaklumkan bahawa sekarang banyak orang datang (termasuk yang menghubungi) kerana masalah demam (dan rangkaiannya - batuk, selesema, sakit kepala, sakit badan). Bukannya demam tak kebah2 sebaliknya kebah, tetapi lepas sihat beberapa hari, datang lagi demamnya. Sebulan 2-3 kali. Macam2 tempat berubat sudah pergi dan macam2 ubat sudah dicuba.


Sebenarnya pada Februari dan Mac lalu saya mula dapat ramai pesakit sebegini (*selepas Mac saya berhenti merawat). Ketika itu saya cuba dan ikhtiar setakat mana yang saya tahu, tetapi kebanyakannya tak diizinkan Allah untuk berjaya. Demamnya mungkin boleh sembuh tetapi yang berulangnya itu tetap berlaku.


Kebiasaannya, selepas sembuh daripada demam, lambat pulalah kita hendak kena demam lagi. Pada adatnya akan makan masa banyak bulan kot2 kemudian baru kita terkena demam semula. Hal ini kerana tubuh badan kita sudah membina sistem pertahanannya (sistem imunnya). Tapi sekarang seolah2 sistem imun mereka jadi lemah dan tidak terbina dengan baik sehingga boleh kena penyakit yang sama berulang kali dalam selang masa yang singkat.


Sahabat2 muallij minta pandangan saya. Malangnya saya sendiri pun dulu (Feb-Mac) banyak tak berjaya juga. Maka tak dapatlah hendak memberi sebarang saranan yang bagus selain menyuruh pesakit pergilah berulang ke klinik2 dan hospital2, dan cuba2lah juga rawatan2 alternatif mana2 yang ada. Sejak merawat pada pertengahan era 2000-an, amat jarang terjumpa kes sebegini (setahun seorang belum tentu) tetapi yang secara beramai2 serentak seperti pada Feb-Mac 2022 itu dulu memang belum pernah berlaku. Yang aktif merawat, insya-Allah tahu. Yang tak merawat atau yang sambil2, mungkin tak tahu. Wallahua'lam.


Di tempat saya ini ada lebih 600 orang. Yang kena demam sesekali itu biasalah dan memang ramai, dan ada juga segelintir yang mengalami demam berulang2 dalam masa yang singkat.


Semoga Allah mudahkan segala urusan kesembuhan.


8/8/22

No comments: