KEMUNGKARAN-KEMUNGKARAN
DI PELBAGAI TEMPAT
Kemungkaran
terbahagi kepada dua iaitu yang makruh dan yang terlarang. Bagi kemungkaran
yang makruh, maka melarangnya adalah sunat. Berdiam daripadanya itu makruh.
Bagi kemungkaran yang haram, berdiam diri daripadanya adalah terlarang, kecuali
jika kita tidak mampu.
KEMUNGKARAN DI
MASJID :
i.
Cara solat
yang buruk iaitu tanpa thuma’ninah pada rukuk dan sujud. Hal ini wajib kita cegah,
kecuali bagi mereka yang bermazhab fekah Hanafi.
ii.
Kelihatan
najis pada pakaian orang yang solat. Wajib kita hisbah.
iii.
Terpaling
dari qiblat kerana gelap atau buta. Wajib hisbah.
iv.
Bacaan
Al-Quran yang salah.
v.
Khatib
memakai pakaian hitam yang banyak benang sutera asli.
vi.
Khatib
memegang pedang yang ada emas. Wajib hisbah.
vii.
Pakaian
hitam tidak makruh, tetapi tidak pula sunat. Kerana pakaian yang lebih disukai
oleh Allah Taala ialah pakaian putih. Orang yang mengatakan pakaian hitam itu
makruh dan bid’ah, ia maksudkan bahawa pakaian tersebut tidak dikenal (tidak
dipakai orang) pada zaman awal Islam. Tetapi apabila tiada datang larangan,
maka tidak sepatutnyalah dinamakan bid’ah dan makruh. Namun ditinggalkan yang
demikian untuk yang lebih disukai (contohnya, lebih baklah pakai yang putih
berbanding yang hitam).
viii.
Kata-kata
tukang-tukang cerita. Yang ini makruh tetapi jika kata-katanya mengandungi
kedustaan, maka orang itu fasiq dan menentangnya adalah wajib.
ix.
Bacaan
Al-Quran yang terlalu berlagu adalah munkar yang makruh.
x.
Membuat
perkumpulan-perkumpulan kecil di masjid pada hari Jumaat untuk menjual
ubat-ubatan dan makanan. Boleh mengambil upah menjahit, menjual ubat-ubatan,
buku-buku dan makanan di luar masjid, tetapi tidak boleh jika sampai
menyempitkan tempat orang-orang bersolat.
xi.
Masuknya
orang gila atau orang mabuk yang berpotensi membawa kekacauan, wajiblah
mengeluarkannya dari masjid.
KEMUNGKARAN DI
PASAR
i.
Menipu
untuk mendapatkan keuntungan.
ii.
Menyembunyikan
kerosakan barang jualan.
iii.
Menipu
dalam timbangan atau sukatan. Wajib diadukan kepada pihak berkuasa.
KEMUNGKARAN DI
JALAN
i.
Membuat
sesuatu binaan yang menyempitkan jalan dan menganggu lalu-lintas.
ii.
Membuat
sampah dan kotoran di jalan.
KEKUNGKARAN DI
TEMPAT PERMANDIAN
Membuka aurat di
hadapan orang lain.
KEMUNGKARAN
PERJAMUAN/KENDURI
i.
Hamparan
sutera untuk lelaki. Haram.
ii.
Membakar
kemenyan/bukhor pada tempat emas dan perak.
iii.
Minum air
mawar dalam bekas perak.
iv.
Gambar-gambar
makhluk bernyawa.
v.
Kaum
wanita berkumpul untuk melihat-lihat kaum lelaki.
vi.
Tempat membakar
kemenyan berbentuk haiwan. Wajib dipecahkan sekadar gambarnya.
vii.
Tempat
celak kecil daripada perak, terdapat khilaf tentangnya. Imam Ahmad bin Hanbal
keluar dari jamuan kerana hal itu.
viii.
Makanan
yang haram.
ix.
Tempat
jamuan itu tempat yang dirampas.
x.
Peralatan
jamuan itu daripada yang haram.
xi.
Tidak
boleh duduk-duduk dengan orang fasiq ketika dia melakukan kefasiqannya. Wajib
memarahinya dan memutuskan perhubungan dengannya, sebagaimana yang kami
sebutkan dalam bab Kecintaan dan Kemarahan pada Jalan Allah.
xii.
Tidak
boleh duduk bersama-sama orang yang memakai sutera dan cincin emas.
xiii.
Berlebih-lebihan
pada makanan dan bangunan.
xiv.
Boros.
Sekiranya kita
lemah daripada menghilangkan kemungkaran yang berat, kita boleh keluar daripada
majlis itu.
KEMUNGKARAN UMUM
Kata Imam
Al-Ghazali : “Setiap orang yang duduk di rumahnya di mana sahaja ia berada
tidaklah terlepas pada zaman ini daripada kemungkaran, dari segi berdiam diri
darpada memberi petunjuk, mengajar dan membawa manusia kepada perbuatan baik.”
Maksudnya kena ada saham dalam dakwah. Yang berilmu walau sedikit mestilah
berusaha untuk menyampaikannya kepada yang tidak/kurang berilmu.
- Ringkasan Ihya' 'Ulumuddin