Pertanyaan : Saya mohon ustaz sekiranya boleh ceritakan sedikit tentang asal-usul ilmu as-sa’ah.
Jawapan : Secara ringkasnya :
1. Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ilmu al-iman, al-islam, al-ihsan dan as-sa’ah.
2. Utusan-Nya ialah malaikat Jibril.
3. Pengasas sebenar (sebelum diasaskan sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri”) keempat2 tungku agama atau fardhu ad-diin ini dalam kalangan manusia dan jin ialah Rasulullah SAW.
4. Keempat2 sayap ad-diin ini diasaskan sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri” kemudian daripada zaman Rasulullah SAW.
5. Para sahabat r. hum ada banyak. Antara mereka ada yang elit atau punya kemahiran khusus dalam juzuk2 ilmu tertentu melebihi sahabat2 yang lain. Hal ini kerana tidak ada sahabat yang mampu menanggung kesemua 100% ilmu2 lanjutan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.
6. Sahabat baginda yang elit dalam ilmu-as-sa’ah ini ialah Huzaifah bin al-Yaman r.a. Beliau berkemahiran tinggi dalam banyak perkara seperti hal ehwal fitnah, zaman fitnah, kemunafikan, perisikan, kerja2 kerahsiaan, akhir zaman, zaman akhir dan yang seumpama dengan semua itu.
7. Ilmu as-sa’ah yang dimaksudkan di sini adalah ilmu berkaitan akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat.
8. Ilmu as-sa’ah ini turun melalui sanad yang muttasil daripada seorang guru kepada seorang guru, sehinggalah sampai ke zaman Imam al-Ghazali.
9. Imam al-Ghazali ada “beruzlah” selama 10-11 tahun. Dalam uzlahnya itulah beliau mengasaskan Tariqah Ghazaliyah dan mengasaskan ilmu as-sa’ah sebagai satu ilmu yang “berdiri sendiri”.
10. Ertinya ilmu as-sa’ah ini sudah diasaskan hampir 1000 tahun yang lalu. Ia bukan satu ilmu yang baru disusun 10-20 tahun atau 100-200 tahun belakangan ini.
Begitulah secara ringkasnya. Wallahua’lam.
28/3/26
No comments:
Post a Comment