Dalam berusaha untuk mengamalkan sunnah Rasululah SAW dalam kehidupan seharian, kita angan2kanlah untuk jadi yang terbaik dalam kalangan masyarakat. Memang amat susah untuk mencapai matlamat tersebut. Maka kita berusahalah untuk berada lebih kurang setara dengan ahli2 pengamal sunnah Rasulullah yang lain. Jika masih susah juga, sekurang2nya kita berusahalah agar kita tidak ketinggalan jauh berbanding ahli2 sunnah Rasulullah itu. Walaupun tidak setara, tapi masih mengekori rapat.
Tidak dapat jadi yang terbaik, kita cuba setara dengan mereka yang terbaik. Tidak dapat setara dengan yang terbaik, kita elakkan daripada tertinggal jauh.
Dalam mengamal dan memperjuangkan sunnah2 Rasulullah ini, jangan mudah tewas kepada makhluk (dari segi lekehan, hinaan, umpatan, muncungan, bantahan dsb yang datang daripada mereka). Kadang2 mereka tidak berbuat suatu apa pun tetapi kita sendiri yang ketakutan dan malu tidak bertempat... tewas dengan makhluk tanpa mereka sempat melakukan sesuatu pun, ditewaskan oleh diri sendiri
Abu Zulfiqar al-Amsyari
6/3/26
No comments:
Post a Comment