Thursday, March 26, 2026

Pemahaman Tentang Zaman Hujung

 

Pertanyaan : Maaf nak bertanya. Pemahaman2 ustaz tentang akhir zaman ni diambil dari mana ye? Adakah ilmu fitan? Atau lain2? Pendekatan ustaz nampak ada sikit kelainan.

 

Jawapan : Dasar2 pemahaman tentang AKHIR ZAMAN dan ZAMAN AKHIR ini yang utamanya kami ambil daripada ILMU AS-SA’AH. Bukannya daripada fikir2/reka2 sendiri, ilmu fitan, ilmu eskatalogi, ilmu fiqh tahawulat, ilmu teori konspirasi dan nama2 yang lain walaupun semua itu ada juga sedikit-sebanyak kaitan, persamaan dan sokongan penambahan/ pengkayaan maklumat.

 

Ilmu as-sa’ah ini ialah satu ilmu yang berdiri sendiri. Ia diasaskan sebagai satu ilmu yang berdiri sendiri oleh Imam al-Ghazali dalam “uzlah”nya selama 11 tahun. Ilmu ini perturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara bersanad yang muttasil (bersambungan tiada terputus).

 

Dalam agama Islam ini kita ada 4 TUNGKU AGAMA atau 4 FARDHU AD-DIIN sebagaimana dalam hadith Jibril yang termasyhur itu iaitu fardhu al-iman (‘aqidah, tauhid wilayah ‘aqal), al-islam (fiqh, usul fiqh dll), al-ihsan (tasawuf, sufi, tariqah, tauhid wilayah qalbu dll) dan AS-SA’AH (akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat). Keempat2nya hadir dalam HADITH YANG SAMA , bahkan secara BERTURUTAN TIADA TERPISAH dan TIADA TERSELANG. Keempat2 ilmu ini lengkap dengan kaedah2nya yang tersendiri. (Kami biasa sebut sebagai 4 Sayap).

 

Tariqah Ghazaliyah turun 4 bersaudara dalam sanadnya iaitu sukatan pelajaran ilmu ‘aqidah Imam al-Ghazali (sebagaimana dalam ar-Risalah al-Qudsiyah), sukatan pelajaran ilmu al-ihsan Imam al-Ghazali (yang biasa disebut sebagai Tariqah al-Ghazaliyah), sukatan pelajaran ilmu berkaitan akhir zaman, zaman akhir dan awal zaman akhirat Imam al-Ghazali (inilah yang disebut sebagai ILMU AS-SA’AH), dan sukatan pelajaran ilmu alam Imam al-Ghazali.

 

26/3/26

 

No comments: