Friday, March 6, 2026

Lebih Baiklah Terlambat daripada Terperasan Cepat

 

Apabila hati tidak bersih, atau kurang bersih, walau berkorban tahap gigih dalam menambah ilmu2 dan amal2 tasawuf, sebenarnya amat sukar untuk maju jauh dalam tasawuf. Apatah lagi jika belajar pada tahap tidak gigih. Maka, kita akan berasa ketinggalan, banyak sia-sia, kurang dihargai, lambat dapat dsb. Namun sebenarnya hal itu adalah lebih baik daripada kita berasa diri sudah jauh maju (*terperasan), kerana keadaan sebegitu akan memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Lebih baiklah kita berasa terlambat daripada terperasan diri kita sudah mendapat.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

6/3/26

No comments: