Thursday, March 19, 2026

Pentingnya Ilmu Alam dan Ilmu As-Saah

 

Datang persoalan daripada seorang hamba Allah yang baru mula menimba ilmu2 dalam tariq al-Imam al-Ghazali ini. Lebih kuranglah kata2nya (setelah disusun semula agar jelas) : “Apakah antara antara bukti bahawa ilmu alam dan ilmu as-sa’ah Imam al-Ghazali yang berada dalam sukatan pelajaran Tariqah Ghazaliyah ini sangat penting?”

 

Jawapan ringkasnya : Antaranya, lihat sahajalah penekanan yang Allah berikan di hujung2 kitab suci Al-Quran yakni pada juzuk terakhir. Dengan melihat kepada nama2 surah dan isi kandungan surah2 itu sahaja pun kita sudah boleh nampak kepentingannya. Umumnya - lagi hujung, lagi ringkas. Lagi hujung, lagi padat. Contohnya :

1.      Disentuh tentang berita besar, bumi, gunung-ganang, biologi, malam, matahari, awan, hujan, sangkakala, langit, udara dingin, air panas, bunga2an dan buah2an dalam Surah An-Naba’.

2.      Dinyatakan tentang matahari, cahaya, bintang2, gunung-ganang, unta dan lautan dalam Surah At-Takwirr.

3.      Langit, bintang dan lautan dalam Surah Al-Infithar.

4.      Langit terbelah, bumi, api, bulan purnama dan cahaya dalam Surah Al-Insyiqaaq.

5.      Surah Al-Burruj (Gugusan Bintang2).

6.      Langit , bintang,  air mani, tulang belakang dan tulang dada dalam Surah Ath-Thaariq.

7.      Surah Al-Fajr (Waktu Fajar).

8.      Surah Al-Balad (Negeri).

9.      Surah Asy-Syams (Matahari).

10.  Surah Al-Lail (Masa Malam).

11.  Surah Adh-Dhuha (Masa Dhuha).

12.  Surah Al-‘Alaq (Segumpal Darah)

13.  Surah Al-Qadr (Masa Malam Al-Qadar).

14.  Surah Al-‘Aadiyat (Kuda Perang).

15.  Surah Al-‘Asr (Masa ‘Asar).

16.  Surah Al-Fiil (Gajah).

17.  Musim sejuk, musim panas dan permusafiran dalam Surah Al-Quraisy.

18.  Tentang masa fajar, sihir, malam dan kegelapan dalam Surah Al-Falaq.

 

Selain itu, dalam juzuk terakhir ini juga sering disentuh tentang as-sa’ah Hari Kehancuran dan Hari Kebangkitan. Tentulah tidak saja2 Allah meletakkan semua hal2 di atas pada penghujung kitab suci Al-Quran. Jadi, rasa2nya penting atau tidak ilmu alam dan ilmu ss-sa’ah ini? Tentulah sangat penting.

 

17/3/26

No comments: