Thursday, March 26, 2026

Kita Terkesan dengan Ehwal Dunia Hari Ini

Pada akhir zaman khususnya pada zaman  akhir ini, apa sahaja perkara penting yang berlaku di seluruh dunia, umumnya ia akan memberi kesan kepada diri kita, keluarga kita, pasangan kita, ibu bapa kita, anak2 kita, kejiranan kita, masyarakat kita, negara kita, dan dunia kita. Ia bukan lagi macam zaman dahulu kala – hal2 yang berlaku di tempat lain, kita di sini tidak terkesan. Pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat contohnya, hal2 besar yang berlaku di wilayah yang pada hari ini dikenali sebagai Jepun, Sweden, China, Amerika dan Korea umumnya tidak mendatangkan kesan pun kepada mereka di Tanah Arab. Tapi kini dunia sudah berubah.

 

Antaranya kesan dari segi ekonomi  (diri, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga, masyarakat dsb), hubungan (suami isteri, anak-beranak, masyarakat dsb), kebebasan, keselamatan, kesihatan, dan masa depan. Cuma cepat atau lambat sahaja. Semua ini akan terganggu. Tak banyak, sikit. Umumnya semua orang pun terlibat.

 

Oleh sebab itu, kita mesti berusaha untuk mengambil tahu daripada pelbagai aliran sumber akan hal2 yang telah, sedang dan dijangka kuat akan berlaku. Tidak setakat mengambil tahu, tapi ada perancangan, ada tindakan, dan ada progres hasil daripada pengetahuan yang diperoleh itu – setakat kemampuan kita. Jika tidak, kita mungkin sudah sangat terlambat apabila kesannya sudah tertimpa ke atas diri kita, ekonomi kita, kerukunan rumahtangga kita, kekeluargaan kita, masa depan orang2 yang kita kasihi dsb. Ada hal2 yang apabila sudah terlambat, amat sukar untuk kita mendapatkannya semula dan ada perkara2 yang kita tidak berpeluang untuk mendapatkannya semula.

 

Keputusan atau hasilnya, kita serah sepenuhnya kepada Allah. Itu wilayah-Nya yang kita tidak perlu untuk bersibuk2 dengannya. Yang diperintahkan kepada kita, menjadi tanggungjawab kita dan memang kena bersibuk2 dengannya adalah berusaha. Dan jika dapat, berusaha pada level gigih.

 

25/3/26

 


No comments: