Dari dulu2 lagi dan terutamanya sejak tahun 2020 yang lalu, antara pihak2 yang banyak merugikan umat ialah mereka yang taksub atau melampau dalam MENERIMA te yo ri kon se pi ra si DAN mereka yang taksub dan melampau dalam MENOLAKnya. Ada antara mereka yang sedar dan ada yang tidak sedar. Banyak juga dalam kalangan kedua2 belah pihak ialah orang2 yang punya kelulusan agama, kedudukan agama, atau dikenali sebagai orang2 agama. Orang2 itu tidak akan mengakui yang mereka berada pada level taksub MENOLAK atau MENERIMA. Bahkan ramai yang tidak sedar pun yang diri mereka berada pada level tersebut. Namun kita boleh mengenal orang2 sedemikian melalui kata2 mereka, penulisan mereka, kecenderungan mereka, pendirian mereka dan rakan2 yang sewaktu/ sekayu/ sedondon/ sewarna dengan mereka yang selalu mereka kelihatan saling sokong-menyokong.
Tahniah dan syabas kepada yang tidak taksub. Mereka sangat berhati2 dalam mempertimbangkan pro dan kontra tanpa kepentingan2 peribadi atau kepentingan pihak2 yang bersangkutan dengan peribadi mereka. Tahniah dan syabas juga kepada segelintir daripada mereka yang kemudiannya sudah berjaya keluar daripada kepompong taksub lalu menjadi rama2 yang dapat melihat “dunia” yang lebih luas, lebih jauh, lebih dalam, lebih tinggi dna lebih berlapis2.
Allah ‘Aza wa Jalla sudah membekalkan kita dengan fardhu as-sa’ah daripada 4 tungku agama (al-iman, al-islam, al-ihsan, as-sa’ah yang kesemuanya bersanad). Jika te yo ri kon se pi ra si tidak wujud pun, kita memang sudah punya bekalan yang bagus iaitu ilmu as-sa’ah dan kaedah2 di dalamnya yang disusun oleh Imam al-Ghazali lebih 900 tahun yang lalu yang bersanad muttasil sampai kepada sahabat Rasululah SAW yang paling pakar dengan ilmu2 bekalan untuk akhir zaman DAN zaman akhir iaitu Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Gigit dengan geraham teguh2. Wallahua’lam.
12/3/26
No comments:
Post a Comment