Monday, March 16, 2026

Kesilapan2 dalam Memahami Prepping

 

Datang pula pertanyaan tentang kesilapan2 dalam memahami prepping. Maka jawapannya adalah bagaimana di bawah.

 

Berdasarkan kuliah2 ilmu fardhu as-sa’ah yang pernah kita langsungkan, didapati antara salah faham kebanyakan orang tentang prepping :

1.      Prepping bukan sunnah Nabi SAW.

2.      Ia melemahkan atau membatalkan tauhid dan tawakkal.

3.      Orang2 kaya dan mereka yang mampu sahaja yang dapat buat. Orang2 yang kurang mampu dan yang miskin tidak dapat mengusahakannya.

4.      Mesti kena ada duit atau modal yang banyak. Yang kurang atau tidak berduit hanya perlu berserah sahaja.

5.      Paling lama hanya prepp untuk beberapa bulan sahaja.

6.      Hanya memfokuskan kepada barang makanan dan minuman sahaja.

7.      Simpan barang2 makanan sampai tarikh luput – tidak perlu dipantau dan dikitarkan penggunaannya.

8.      Mesti ada kawasan rumah yang bertanah.

9.      Mesti kena ada ruang yang besar.

10.  Melampau dalam berusaha (membuat prepping) sehingga menuju atau menjadi qadariyah, atau melampau dalam berserah sahaja (tanpa mahu berusaha dan berikhtiar) sehingga menuju atau menjadi jabbariyah.

11.  Semua orang2 yang punya jawatan, gelaran, pangkat, kedudukan dan pengaruh dalam agama mesti ada ilmu berkaitan prepping atau tidak prepping.

12.  Tidak mahu berfikir, merancang, berusaha dan bertindak. Belajar pun tidak mahu.

13.  Tidak membezakan antara barang2 bertaraf keperluan, bertaraf hampir perlu, dan bertaraf kehendak.

14.  “Tak mengapa. Nanti makanan kita zikir sahaja. Kenyang.” (Ini salah faham tentang huraian dan maksud hadith berkaitan).

15.  Kena tunggu arahan atau saranan daripada media massa terlebih dahulu.

16.  Tinggal di kawasan perumahan bertingkat2 (rumah pangsa, apartmen, kondo dsb) tidak dapat melakukannya.

17.  Berfikir untuk melepaskan diri sendiri sahaja, atau orang2 yang “dekat” dengan diri sendiri sahaja.

18.  “Saya tak kesah kalau tak ada makan minum. Hadapi je. Mati pun tak pe. Dah takdir.” (Agaknya orang sebegini memang tidak kesah melihat ibu, bapa, datuk, nenek, isteri, anak2, cucu, kawan2 dan jiran2nya lama menderita kelaparan dan kedahagaan serta bergilir2 dijemput ketidaksihatan atau kematian?)

19.  Bagi orang2 yang mampu, beli peti beku dsb banyak2 untuk menyimpan bahan makanan bertahun2.

20.  “Al-Mahdi dah nak datang dah. Tak lama je lagi. Tak payah preping2 bagai. Islam akan menang tak lama lagi.”

21.  Tidak membezakan antara prepping orang sendirian dan prepping orang berkeluarga. (Hal ini ada dijelaskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pada Kitab Tauhid dan Tawakkal).

 

Itulah antaranya yang sempat diingat pada masa penulisan ini dibuat. Wallahu’alam.

 


16/3/26

No comments: