Saturday, March 14, 2026

Elakkan Buat atau Tambah Hutang

 

Dalam beberapa hari lepas seorang hamba Allah mengadu kepada sahaya tentang masalah kehidupannya terutamanya dari segi kewangan. Dia menyatakan penyesalannya kerana tidak mengambil pandangan (nasihat) sahaya pada tahun 2024 yang lalu. Ketika itu sahaya sering mengingatkan dalam kata2 dan dalam kuliah2 agar SEBOLEH2NYA kita jangan membuat hutang atau menambah hutang walaupun gaji akan mengalami kenaikan demi kenaikan. Hal ini adalah sedemikian kerana kenaikan2 itu sebenarnya akan lebih berfungsi untuk MENGEKALKAN NILAI pendapatan sahaja, bukan untuk MENAMBAH NILAI pendapatan.

 

Memang kenaikan itu nampak macam banyak. Secara LEBIH KURANGNYA, daripada GAJI BERSIHNYA RM1500 pada tahun 2024, akan meningkat jadi RM2200 pada tahun 2026. Tetapi…….

 

1.      Pada tahun 2024, gaji bersihnya lebih kurang RM1500. HIDUPNYA CUKUP2. Ertinya keperluan gaji bersih bulanannya lebih kurang RM1500 jugalah.

2.      Kemudian, dia mendapat beberapa kenaikan gaji. Sepatutnya gaji bersihnya pada tahun 2026 ini sudah RM2200 (LEBIH DARIPADA CUKUP).

3.      TETAPI……. dia ada menambah hutang dengan membuat pinjaman dan pinjaman lagi. Padahal isi kandungan pinjaman itu lebih untuk MEMENUHI KEHENDAK SAHAJA, bukan atas LEVEL KEPERLUAN. Ditambah pula dengan dia membeli sebuah kenderaan baharu yang ansuran bulanannya RM500. Maka gaji bersih yang sepatutnya ada RM2200, kini tinggal RM1450 sahaja. Berkurang pula RM50 daripada gaji bersih pada tahun 2024.

4.      Dalam dua tahun ini berlaku kenaikan demi kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Maka untuk hidup cukup2 macam pada tahun 2024, dia sepatutnya kena ada sekurang-kurangnya gaji bersih RM1800 (bukan lagi RM1500), sedangkan gaji bersihnya sekarang RM1450 SAHAJA!

5.      Dalam beberapa bulan lagi (jika kesan perang AS-Iran semakin meliputi, kita harap tidaklah sedemikian), tidak mustahil gaji bersih yang diperlukannya adalah sebanyak RM2100 sebulan.

6.      Tetapi pada kenyataaannya, dia hanya punya gaji bersih RM1450. Maka, dari mana dia hendak mencari lagi RM650 PADA SETIAP BULAN untuk mencukupkan perbelanjaan bulanannya?

 

*Sekiranya dia tidak menambah hutang, gaji bersih bulanannya masih RM2200.

*Pengiraan di atas ini kami congak bersama-sama.

 

RUMUSANNYA

1.      2024 – Perbelanjaan bulanannya umumnya RM1500, gaji bersih pula RM1500 = CUKUP2.

2.      2026 (keadaan sekarang) – Perbelanjaan bulanan umumnya RM1800, gaji bersih pula tinggal RM1450 = TIDAK CUKUP.

3.      2026 (sekiranya berlaku apa yang kita tidak mahu berlaku itu, dan kita harap tidak berlakulah) – Perbelanjaan bulanan umumnya akan jadi RM2100, tetapi gaji bersih pula masih RM1450 = SANGAT TIDAK CUKUP!

4.      Sekiranya dia tidak menambah hutang – Walaupun perbelanjaan bulanan jadi RM2100, tetapi gaji bersih masih RM2200 = CUKUP DAN STABIL.

 

Yang berlaku tetaplah sudah berlalu. Masa tidak dapat diundur semula. Dalam hidup ini kita memang ada terlambat tetapi jangan selalu terlambat, jangan banyak terlambat dan jangan lama terlambatnya kerana ada hal2 yang amat sukar atau mungkin tidak dapat lagi untuk kita peroleh semula.

 

Dua hari kemudian, melalui seorang hamba Allah yang lain, sahaya mendapat tahu bahawa dia ada menyatakan kekesalannya dari segi sunnah prepping pula. Dia memang sedia tahu sahaya selalu menyentuh tentang sunnah prepping sebagaimana dalam ilmu fardhu as-sa’ah lebih2 lagi sejak tahun 2020 tetapi dia tidak mengambil nasihat2 itu. Dengan situasi dunia sekarang, hatinya BARU TERDETIK untuk buat prepping tetapi… dengan gaji bersih yang tersisa itu, dia tidak nampak jalan.

 

Sahaya sudah mengutus seorang yang berilmu as-sa’ah juga untuk menemuinya secara berhadapan muka untuk membantu membuka jalan agar dapat membuahkan tindakan yang bersesuaian. Semoga ada sinar di hujung zaman.

 

13/3/26

No comments: