Monday, March 16, 2026

Saringlah Tukang2 Jangka

 

Di sana sini banyak terdapat tukang2 jangka yang sering membuat jangkaan itu ini. Sebagai menjawab persoalan yang dikemukakan secara lisan beberapa hari lalu,  kita kongsikan SEDIKIT panduan daripada ilmu as-sa’ah (bagi yang mahu).

 

Orang2 yang membuat jangkaan ini terdiri daripada mereka :

1.      yang jarang2 menyatakan jangkaan.

2.      yang biasa atau selalu menyatakan jangkaan.

3.      yang asyik menyatakan jangkaan demi jangkaan.

4.      yang tiada kemampuan atau tiada keberanian untuk membuat jangkaan.

Usahalah pilih yang nombor 1.

 

Mereka juga terbahagi kepada beberapa golongan lagi iaitu :

1.      yang biasanya daripada 10 jangkaannya, mungkin 1 sahaja yang tersasar, 9 perkara memang terjadi.

2.      yang biasanya daripada 10 jangkaannya, hanya 7-8 sahaja yang terjadi.

3.      yang biasanya daripada 10 jangkaannya, kurang daripada 5 yang terjadi.

4.      yang biasanya tiada sebarang jangkaan daripadanya.

Usahalah pilih yang nombor 1 sahaja.

 

Yang sesuai untuk kita ambil berat akan pandangan2 mereka ialah mereka yang jarang2 buat jangkaan, susah untuk buat jangkaan, sangat berhati2 dalam membuat jangkaan, dan umumnya rekod mereka selama ini jika membuat 10 jangkaan, sekurang2nya 9 daripadanya benar2 terjadi.

 

(Kriteria2 lain seperti dari sudut kewarakan, kesolehan, keilmuan, kebolehpercayaan, kecerdasan dan sebagainya tentu sahaja amat perlu dipertimbangkan)

 

Itulah sedikit tips berasaskan ilmu as-sa’ah.

 

Tukang2 jangka ini memang suka buat jangkaan demi jangkaan. Mereka akan memperbanyakkan jangkaan. Hampir setiap hari ada sahaja ramalan2nya. Maka dalam sebulan, ada banyaklah jangkaan. Ada yang sampai berbelas2 dan berpuluh2 jangakaan sebulan. Tetapi daripada 20-30 jangkaan itu, yang benar2 terjadi hanya 2-3 jangkaan sahaja. Dan yang 2-3 itulah yang akan dicanang2kannya untuk menunjukkan yang jangkaan2nya benar2 terjadi. Tetapi, dia akan mendiamkan berbelas atau berpuluh jangkaannya yang lain yang ternyata salah.

 

Contoh kata mereka : “Aku sudah memperkatakannya tetapi kalian tidak percaya.”

Padahal 10 yang diteka, hanya 2-3 yang benar2 berlaku. Walau 7-8 perkara pun berjaya tekaannya, kita usahalah elakkan daripada mudah terpengaruh dengan jangkaan2nya yang seterusnya.

 

Ada yang jangkaanya berulang tahun. Tahun ini tidak terjadi, untuk tahun hadapan dijangkanya lagi seolah2 sungguh2 akan terjadi. Jika tidak terjadi lagi, dia akan mendiamkan kegagalannya lalu membuat jangkaan ulangan untuk tahun seterusnya pula. Begitulah seterusnya.

 

Tukang2 jangka ini bukan orang2 biasa sahaja, malah banyak orang2 yang dikenali sebagai orang2 agama juga. Ada yang disebut2 orang sebagai sebagai tokoh, ulama, wali, insan terpilih, berilmu ladunni, syeikh, mursyid dan sebagainya tetapi rekod mereka dalam membuat jangkaan memang lemah – banyak yang tersalah dan tersasar. Sebahagian daripada mereka sudah puluhan tahun kita perhatikan. Namun penikut dna pantaksub tetap ada. Wallahua’lam.

 

15/3/26

No comments: